Pengikut

Selasa, Julai 12, 2011

Mamalia Terancam di Kunak


Gajah Pygmy di Ladang Tingkayu pada 1993 - Bilangannya semakin berkurangan dengan jumlah anggaran tidak melebihi 100 ekor lagi yang tinggal di hutan belantara Kunak jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan yang ada di negeri Sabah iaitu 1500 kesemuanya. Dimana kawanan gajah-gajah ini masih terdapat di hutan simpan ulu Tingkayu hingga ke lembah sungai Segama.





Orang Utan di Ladang Sapang - Dalam tahun hujung 1980an kalau tidak silap, semasa saya temankan arwah bapak membersihkan bekas hutan pembalakan seorang tokey cina di Sapang, saya sempat melihat sendiri beberapa ekor kawanan Orang Utan di kawasan tersebut dan ini membuktikan bahawa daerah Kunak suatu ketika dahulu memang pernah menjadi habitan jenis primat ini. Cuma mungkin kelekaan dipihak kita maka sehingga hari ini, orang Kunak seperti saya hanya dapat melihat haiwan istimewa ini dengan lebih dekat lagi itupun jika saya ke Sepilok Sandakan Sahaja.



Memerang - Juga dikenali sebagai Anjing laut bagi kebanyakkan kita yang mungkin agak keliru dengannya sedangkan anjing laut hanya terdapat di Kutub Utara dan Selatan bumi. Memerang jenis Lutra Sumatrana ini mulanya suda dianggap pupus sehinggalah pada 1998 baru ia diasahkan masih ada di sepanjang pantai paya bakau Kunak. Untuk melihatnya dengan sendiri anda boleh berkunjung seawal pagi ke Pasar Ikan di Kg. Pangkalan, dimana hanya pada waktu itu sahaja mamalia berdarah panas ini akan mencari makan di bawah kolongan pasar dan dan rumah disini. Mungkin juga disebabkan keluasan habitan paya bakau di Kunak yang semakin mengecil maka haiwan yang terkenal dengan sifat pemalu ini sudah mulai membuang sifat tersebut.



Buaya Tingkayu - Buaya raksasa ini telah diburu pada 1925 di muara Sungai Tingkayu dan di bawah terus ke Sandakan. Beberapa tahun lepas kita selalu mendengar mengenai beberapa serangan buaya di kawasan sungai ini yang cukup menggerunkan dan melihat kepada saiz nenek buaya ini, tentu kita suda dapat mengagak betapa sungai-suangi di sekitarnya memang tempat raja sungai ini bermaharajalela dan tidak mustahil mungkin saiz seperti ini masih terdapat disana asalkan habitat semulajadinya tidak kita binasakan.



Badak Sumatera - Photo ini diambil di hutan teluk Darvel pada 1930an dan mungkin juga lokasinya di salah satu hutan di Kunak. Spisis D.Sumatrenesis ini dipercayai hanya terdapat di pantai timur sabah sahaja dan jumlahnya kini semakin susut kepada hanya tinggal 30 ekor sahaja.

3 ulasan:

  1. bro, bagus info2 yang di bagi ni. saya sentiasa ikut perkembangan blog ni, tahnniah.

    tapi buaya tu bukan mamalia, tetapi sejenis reptilia.

    good job bro.. thumbs up!

    BalasPadam
  2. ya ka tuan...kakakak...tesilap la pulak...

    thanks bro...

    BalasPadam
  3. best juga ye tgok asal usul ni byk juga yg kita tak tahu ..pasal kunak ni wlupun org kunak...hehhehe tq atas info nye

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails