Pengikut

Selasa, September 13, 2011

TRAGEDI KEDAI BHARU 1998

Sumber Photo : Clarence Tong


Pada hari Jumaat 17 Julai 1998, satu kejadian litar pintas telah berlaku dalam salah satu unit kedai papan di Kedai Bharu Kunak yang mana dipercayai adalah Restoran hingga menyebabkan terjadinya satu tragedi kebakaran yang dianggap terbesar sekali pernah berlaku di Pekan Kunak hingga ke hari ini.

Namun begitu tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana sejak api bermula di tengah premis lagi, kesemua penghuninya telah menyelamatkan diri masing-masing. Kejadian tersebut juga telah merebak ke belakang kawasan premis tersebut menyebabkan sebuah banglo yang terletak terlalu hampir dengannya turut musnah dalam tragedi tersebut.

Pihak Bomba gagal menyelamatkan keseluruhan struktur bangunan kedai tertua di Pekan Kunak tersebut, kerana disebabkan oleh api yang marak terlalu cepat ditambah lagi cuaca panas dan berangin disamping hampir keseluruhan struktur binaan adalah diperbuat dari kayu.

Kini tapak bekas tinggalan Kedai Papan atau sinonim dengan panggilan Kedai Bharu ini telah dibangunkan, dengan empat unit bangunan konkrit dua tingkat yang diberi nama sebagai Kunak Plaza dan masih menjadi pusat tumpuan yang utama warga Kunak seperti masa lalu.

Manakala mangsa-mangsa peristiwa tersebut, telah berpindah ke tapak sementara di belakang Rumah Rehat Kerajaan tidak jauh dari lokasi kebakaran.

P/S : Waktu kejadian penulis masih di tingkatan 2 di SMK Kunak Jaya.....

5 ulasan:

  1. izinkan aku buat sedikit pembetulan.
    kebakaran ini berlaku pada 2008 Feb 10 pukul lebih kurnag 1tengahari dan bukannya pada 17 Julai 2008.
    Banglow yang tersebut itu bukan nya terbakar dari jilatan api dari kebakaran itu. Banglow itu itu terbakar beberapa tahun selepas kedai papan terbakar. terima kasih

    BalasPadam
  2. Cik mtsy1883....
    Btul ka 2008...bkn 1998 ka????...entahlah puan...stiap org yg sya tanya ada pelbagai jenis tarikh yg diorg bagi...tp tarikh ni bedasarkan majoriti pedapat la...klu ada bukti lain mybe puan buli nyatakan sini...

    Ya..ka banglow tu tebakar slps bbrapa tahun dr kjdian kdai papan tu.... oooo...

    BalasPadam
  3. Tahun 1998 bah berlaku kebakaran tu.

    BalasPadam
  4. Ya..betul kedai ini terbakar tahun 1998 masa tu saya di darjah 6 lagi sk.pekan kunak...bkn 2008.

    BalasPadam
  5. Dan banglo tu pulak sy tak pasti bila..tapi yg pstinya banglo tu terbakar selepas beberapa tahun tragedi kedai papan.

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails