Pengikut

Rabu, September 30, 2009

Drama bersiri " MADAI MENANTI "

Sejak 1 Mei 2009 yang lalu, para pelakon dan rombongan produksi untuk drama bersiri RTM bertajuk MADAI MENANTI telah berkampung di Rumah Rehat Kerajaan (Rest House) Kunak. Drama bersiri 13 episod ini adalah hasil arahan Malek Rahman manakala skrip oleh Zabidi Mohammed, jurukamera oleh Suhaimi @ Gawai terbitan penerbit Norsahar Ahmad dari Immortelle Cretive Sdn Bhd yang telah banyak menerbitkan drama dan membekal program dokumentari untuk RTM.

Cerita ini mengisahkan tentang lagenda dan kehidupan masyarakat Idahan di Lahad Datu yang mewarisi Gua Madai yang kaya dengan hasil Sarang Burung dan tentang lagenda Nenek Apoi, iatu orang yang pertama menemukan Gua Madai.Konflik kisah ini bermula bila Talib selaku anak angkat tiba-tiba datang untuk menuntut warisan kawasan Sarang Burung di Gua Madai yang menjadi punca perbalahan dengan kedua abang tiri nya Hj. Kasim dan Damang hingga sampai ke tahap menghadap Ketua Adat dan Mahkamah Anak Negeri daerah. Anak saudara Talib, Nordin Hj Kasim adalah A.D.O di daerah tersebut yang serba salah dengan bapa-bapa saudaranya yang tidak sehaluan.
Di masa yang sama juga Nordin adalah kekasih kepada Hamidah anak Pak Utoh yang sangat bemusuh dengan Damang bapa saudara Nordin. Kehadiran pelajar pelatih bernama Norsiah yang membuat kajian tentang Gua Madai telah menerbitkan bibit-bibit cemburu dalam percintaan Nordin dan Hamidah. Masalah sampingan lain adalah hadirnya perniagaan gelap Sarang Burung yang didalangi oleh Mastor dan konco-konco nya Kasmat, Tukik dan Beladang yang sering mencerobohi kawasan Sarang Burung Damang.Bagaimanakah kesudahannya?…. Di akhir cerita ini Talib, Hj Kasim, Damang dan Pak Utoh telah berbaik-baik dan berdamai akibat suatu tragedi yang menimpa Damang. Untuk mengetahui jawapannya , saksikanlah drama bersiri ini yang dijangka siarannya pada bulan September ini di saluran RTM.

Drama ini juga telah menggabungkan pelakon-pelakon dari Pantai Barat (Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat, Papar) dengan pelakon-pelakon dari sebelah Pantai Timur (Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu).
Antara pelakon-pelakon yang menjayakan drama bersiri ini adalah Ebi Kornelis (AF5) sebagai Nordin seorang Penolong Pegawai Daerah (ADO), Naufarah Yasin sebagai Hamidah, Leez Rosli (AF4) sebagai Norsiah, Rashideman @ Dihsarludba sebagai Haji Kassim, Masti Inongan Hj. Suin sebagai Rohani, Mohamed. Hj. Salleh @ Mat Kongo sebagai Hj. Osman, Hasnah Ibrahim sebagai Purnama, Awang Karim Kadir sebagai Talib, Arbaya Bt. Suni sebagai Intan, Nandra Hitong sebagai Damang, Mohd Noor Makbul sebagai Tukik, Asmawa Adol sebagai Kasmat, Arman Marasal sebagai Madin, Umai sebagai Rusiah, Evelene Stephene Mingkong sebagai Saleha, Datu Halun Datu Karim sebagai Pak Utoh, Jifrun Baidullah sebagai Beladang, Razali Hj. Tatan sebagai Masdoq, Adik Azhari Azizi sebagai Salim, Rosle Yunos sebagai Z, Norsahar Ahmad sebagai Pegawai Daerah (D.O), Marlin Malalin sebagai Mastor seorang broker Sarang Burung dan Jamil Aziz sebagai samseng dari Sandakan.

INFO : TAWAUBLOGGER

3 ulasan:

  1. suda maen ni.. tv2 jam12.30tghri.. hehehe

    BalasPadam
  2. aku mau tengok ba di youtube,,,,tapi tidak dapat...

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails