Pengikut

Khamis, Oktober 01, 2009

PELABUHAN KUNAK ( Kunak Port )

Dulunya ia dikenali sebagai Pelabuhan BAL ( Borneo Abaca Ltd ) dimana ia digunakan sebagai tempat pemunggahan minyak kelapa sawit mentah oleh pihak company untuk tujuan export. Kini Pelabuhan Kunak telah dinaik taraf dengan kos sebanyak RM45 juta dan siap sepenuhnya pada Oktober 2007 dibawah seliaan Sabah Port Sdn. Bhd anak syarikat Kumpulan Suria Bhd.

Kini fungsinya telah ditambah lagi sebagai hub pintu masuk export minyak kernel yang utama di Sabah. Pembinaan laluan pelabuhan berkembar yang baru sejauh 17 meter disini juga akan menambahkan lagi kapasiti pelabuhan sehingga 45,000 DWT berbanding sebelumnya 28,000 DWT sahaja. Kerancakkan pembinaan infrastruktur industri minyak sawit di daerah Kunak juga sekaligus menjadikan daerah Kunak sebaris dengan daerah Lahad Datu sebagai hub POIC di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails