Siapa sangka dalam rimbuban daun pokok kelapa sawit yang melambai hijau nun jauh di barat Kunak,rupa-rupanya tersembunyai satu khazanah alam yang jarang-jarang ditemui di pantai timur sabah. Apa yang penulis maksudkan disini ialah tentang kewujudan Kolam Air Panas (Hot Spring) semulajadi di daerah ini, 11 kilometer dari pusat pekan Kunak.
Lokasi dua buah kolam air panas ini terletak di dalam kawasan Ladang Sungang yang dikawal selia oleh Syarikat Sime Darby Plantation Bhd. bagaimanapun disebabkan oleh lokasinya yang tersembunyi dari pandangan awam, maka tidak semua masyarakat Kunak menyedari kewujudannya melainkan bagi mereka yang selalu atau perna menjejakkan kaki ke Kg. Tun Fuad, Kg. Tun Razak dan Kg. Airport batu 10, lebih kurang 4 kilometer dari Kolam ini.
Para pengunjung yang bercadang kesini dinasihatkan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4x4), ini kerana pengunjung terpaksa melalui jalan yang berbatu-batu di sepanjang perjalanan. Setibanya pengunjung di pondok pengawal, pengunjung harus melaporkan diri kerana identiti setiap pengunjung dan nombor kenderaan yang digunakan di catat untuk tujuan keselamatan.
Setibanya ke destinasi yang dituju, setiap langkah haruslah berhati-hati kerana keadaan jalan yang licin dan curam. Pengunjung akan disambut dengan monyet liar yang berkeliaran di kawasan tersebut kerana di sekitar kawasan kolam air panas itu merupakan kawasan tempat tinggal mereka. Walaupun monyet-monyet tersebut berkeliaran, ia tidak mengganggu pengunjung.
Menurut penduduk sekitar kolam ini mula ditemui pada awal 1960, sewaktu aktiviti pembalakan rancak dijalankan di kawasan ini tetapi kurang mendapat perhatian sehinggalah penempatan masyarakat peladang diwujudkan secara kekal di sini pada 1976 oleh kerajaan negeri, barulah kawasan ini dipulihara oleh masyarakat setempat dan Syarikat yang empunya ladang ini.
Sumber: PD Tun Fuad
Lebih 100 raikan Hari Keluarga Pasti An-Nadwah
-
SEMPORNA : Seramai 122 orang hadir dalam meraikan Hari Keluarga anjuran
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) An-Nadwah Kunak, yang diadakan di sebuah
pusat r...
4 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..