Pulau Silumpat di Kunak
Pulau Silumpat yang terletak 9 Batu Nautika dari Timur laut Daerah Kunak dan berkeluasan 1.2 Kilometer persegi ini, adalah satu kawasan penternakan dan pembiakan spisis mutiara yang terbesar dan tercantik di dunia yang dikenali sebagai Pinctada Maxima Molluscs. Pusat penternakan ini yang beroperasi di utara dan selatan pulau ini sudah menjalankan perusasahaan ini selama lebih 15 tahun sejak 1994 lagi.
En. Edward Kong adalah individu yang bertanggungjawab membawa industri ini ke Pulau Silumpat yang diwarisinya daripada bapa beliau David Kong yang sudah menjalankan perusahaan ini sejak di Pulau Timbun Mata lagi, sebuah pulau yang terbesar di Teluk Darvel.
Tenaga kerja tempatan seramai 50 orang yang terdiri daripada suku kaum Bajau yang berasal dari kepulauan sekitar, adalah antara aset utama dalam perusaan ini bahkan ada diantaranya yang sudah menjangkau 15 tahun berkhidmat disini.Teknik dan kaedah selain faktor keaadaan laut adalah faktor kejayaan bagi industri ini. En. Edward menyatakan mereka menggunakan beberapa kaedah dari luar negara seperti dari Jepun dan Australia disamping hasil penyelidikan mereka sendiri bagi memastikan kejayaan perusaan ini.
Sebenarnya perusaan ini bukanlah asing di perairan daerah Kunak kerana sejak tahun 1900 lagi perusaan ini telah dijalankan oleh syarikat dari Jepun tetapi telah menutup operasinya sejak 1963 lagi atas faktor-faktor tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..