Dakwaan ini disokong dengan beberapa bukti antarnya faktor geografi laluan kapal di kawasan ini. Jika dilihat dari matlamat kunjungan mereka ke Sulu untuk mendapatkan sarang burung dan produk tropika yang lain, maka dakwaan kawasan Madai yang mereka tuju adalah kebarangkalian adalah besar, kerana tempat-tempat bagi mendapatkan barangan tersebut sangat sesuai sekali dengan Madai. Manah ada tempat-tempat lain yang mempunyai kompleks sarang burung yang banyak selain Teluk Darvel antaranya Gua Madai, Baturong, Tingkayu dan Sigarong.
Selain itu kemudahan untuk berlabuh dan berlindung dari angin monsun juga sesuai, ini kerana kawasan ini dibarisi oleh gugusan pulau yang amat strategik untuk berlabuh dan akses kepada tempat-tempat yang kaya dengan hasil sarang burung ini juga tidak memerlukan masa dan jarak yang jauh untuk kesana.
Selain itu ada juga dakwaan bahawa rombongan LCH itu bukannya ke Madai tetapi ke Kinabatangan kerana disana juga terdapat lokasi mendapatkan sarang burung seperti Gua Gomantong disamping nama Kinabatangan itu sendiri juga berasal dari perkataan Cina. Akan tetapi kemungkinan lokasi ini dituju oleh LCH sedikit kurang logik kerana walaupun mempunyai kelebihan yang hampir sama iaitu sarang burung dan produk tropika yang lain, namun lokasinya yang jauh dari persisiran pantai memungkinkan kinabatangan bukan tempat yang dituju oleg LCH.
Perkara ini juga mungkin hampir sama dengan situasi yang dialami oleh pasukan ekspidisi Lady Annie Brassey pada 1887, yang mana pada saat-saat akhir rombongan ini terpaksa membatalkan ekspidisi ke Gua Gomantong bagi melihat dengan sendiri bagaimana rupanya tempat mendapatkan sarang burung ini, disebabkan jarak dan masa yang terpaksa mereka lalui diperkirakan memakan masa lebih empat hari dengan menyusuri Sungai Kinabatangan dari muaranya, maka mereka memutuskan lebih baik ke Madai sahaja kerana disamping mempunyai gua-gua yang banyak, lokasinya juga tidak jauh dari pesisir pantai.
Perkuburan Cina Muslim di Kg. Silam dipercayai berusia 300 tahun
Berbalik dengan kemungkinan rombongan LCH ini ke Madai, beberapa penemuan arkiologi disepanjang lautan dan pesisir teluk Darvel ini juga adalah satu lagi faktor yang menyokong dakwaan ini. Pertama dengan penemuan artifak-artifak dari Dinasti Ming dan Dinasti Ching ( 1368-1644 ) disepanjang kawasan ini yang memungkinkan wujudnya perdagangan bebas antara kerajaan di negeri China dan kerajaan Idahan Kuno pada masa itu. Penemuan beberapa bangkai kapal Jongkong antara pulau Burung hingga ke Pulau Boheyan dan Silumpat yang juga didakwa kepunyaan pedagang China pada abad ke-15, yang mana belum terusik sejak ratusan tahun dahulu dan sekarang ini menjadi habitat kepada pelbagai spisis hidupan marin yang sememangnya amat kita nantikan akan sejarah yang bakal diungkapkan nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..