Pengikut

Rabu, Disember 30, 2009

Fook Seng Restaurant, Kunak

This restaurant is located in Kunak Town facing the Sulawasi Sea. For those of you who have not been to Sabah, Kunak is situated some where in between Lahad Datu and Semporna/Tawau.

I first visited this restaurant about eight years ago not long after I joined this Number 1 company, the then Lahad DatuManager, Mr Liew Chi Fui who is now the AVP of the entire East Malaysia !, took me to the restaurant when we travelledfrom Sandakan to Tawau in his 4x4 Jeep. Despite all the hearsays, the journey was quite safe and uneventful as compared to the Sandakan Death March of the Australian Soldiers during the 2nd World War.

I still remembered that we arrived at Kunak around noon time, Mr. Liew ordered one big fish, fried sotong, deer meat and one vegetable to treat the "Sua Ku" from West Malaysia and it turned out the meal merely causing a small damge of RM30 plus.

The last visit happened again late last year with Mr. Liew and the late Patrick Siow. Again Mr. Liew ordered all the abovedishes with the famous steamed "soul Mei".

After having discussed with the cook, Patrick and I ordered another dish of deep fried "soul mei" after knowing the price ! I guess no one in the right mind will do it in Api ( if you do not know where Api is in Sabah, write to Jeoffery Asin )or other parts of Malaysia. It turned out the total cost of the meal for four with two dishes of "sould mei" is around RM50 plus!

You know, "soul mei" is one of the most expensive fishes in Sabah, it is easily retailed in Api for about RM250 per kg. The Hongkee and the mainland Chinese love it so much that the fish may costs you a bomb if you dine in restaurants in Hong Kong ( not the Hong Kong restaurant mentioned in this blog ) or China. The United Nation has declared this fish species as endangered and many countries including Australia have banned fishing and of course selling this fish at the restaurants.

Khamis, Disember 24, 2009

Sejarah Komoditi Pertanian di Kunak

Gambar Hiasan
Sebelum kelapa sawit mula ditanam di Ladang Mostyn pada 1957, daerah Kunak pada masa itu telahpun ada dua komoditi tanaman utamanya iaitu Abaka dan Tembakau yang mula diusahakan oleh Syarikat persendirian dari Eropah sejak 1930-an lagi.

Abaka adalah tanaman yang dominan pada masa itu, hinggakan kilang pemprosesannya diwujudkan oleh pihak Company yang terletak di Kg. Juita dan Mostyn lama. Tembakau pula adalah tanaman kedua yang penting pada ketika itu, tetapi proses pengeringannya tidak dilakukan di Mostyn tetapi dihantar ke Segama Lahad Datu kerana terdapat kilang khas bagi tembakau disana.

Selepas Perang Dunia ke-2 iaitu pada 1945, kepesatan industri Abaka dan Tembakau ini telah menyebabkan pasaran buruh semakin meningkat di kawasan Mostyn pada waktu itu.

Pihak syarikat yang menghadapi fenomena ini, telah bertindak membawa beratus-ratus imegran dari Kepulauan Kokos Keeling di Utara Australia ke ladang-ladang milik company British di sepanjang timur negeri Sabah bermula dari Tawau, Kunak dan Lahad Datu sebagai pekerja ladang.

Kedatangan suku kaum kokos ini juga, telah mewujudkan beberapa skim penempatan yang dimonopoli oleh suku kaum ini di Kunak khasnya seperti di Giram, Mostyn, Kg. Selamat, Kg. skim kokos, kg. Tun Fuad dan Kg. Airport batu 10.

Rabu, Disember 23, 2009

BAGANG BUGIS KUNAK

GELAP pekat malam di Teluk Darvel, Laut Sulawesi berhampiran pantai Kunak, Sabah dihiasi cahaya lampu bulat yang dijana melalui jana kuasa 16 kuasa kuda.

Perairan kira-kira enam batu nautika dari jeti di pantai Kunak seolah-olah pesta yang dilimpahi cahaya lampu dari puluhan kelong atau lebih dikenali sebagai `bagang' di kalangan anggota masyarakat tempatan.
Pada jam 4 pagi, pemilik bagang, Siti Asiah Hamid yang berusia lewat 30-an sudah berada dalam perahu yang bergerak perlahan menuju bagang yang diwarisi daripada bapanya sejak kira-kira 10 tahun lalu.

Setengah jam kemudian, ibu kepada empat anak berusia antara dua hingga 14 tahun itu sudah memanjat tiang bagang untuk menjejakkan kaki di pelantar jongkong atau bot tanpa enjin sepanjang kira-kira 15.2 meter.
Empat pekerja yang diupah oleh Siti Asiah mengusahakan bagang itu sudah lebih awal berada di atas bagang. Sejurus sebelum mentari terbenam di ufuk barat kira-kira jam 6 petang, mereka sudah menurunkan pukat bagang.

Mereka masih lena diulit mimpi di atas pangkin yang dikepung dengan dinding papan yang mampu memuatkan kira-kira enam pekerja.

Jongkong diperbuat daripada kayu berlian yang tahan menerima hakisan air laut itu adalah struktur utama bagang. Di kiri dan kanan jongkong yang di tengahnya tercacak tiang kayu bintangor setinggi kira-kira 12.1 meter, dipasangkan kayu pemegang pukat yang disebut sebagai kayu gelegar sepanjang kira-kira 13 meter.

Dengan 120 batang gelegar, masing-masing 60 di kiri dan 60 di kanan jongkong, pukat yang diikat kemas padanya, berfungsi sebagai perangkap bilis, kembung, selayang, tulai, sotong, udang dan pelbagai jenis ikan lain.

Selepas menunaikan solat Subuh dan menjamah beberapa keping pisang goreng yang dibawa Siti Asiah dari rumahnya di Kampung Pengkalan, Kunak, empat pekerja mula menarik pukat dari hujung bagang.
Satu demi satu pukat diikat pada gelegar. Kocakan air laut menandakan bilis dan pelbagai jenis ikan lain berpusu-pusu mencuba melepaskan diri daripada pukat. Namun segala jenis ikan itu tidak mampu melepaskan diri dan terpaksa mengikut urutan pukat yang ditarik naik mengiring ke arah hujung pukat.

Segala hasil tangkapan itu dimasukkan terus ke dalam perut perahu yang sudah sedia menunggu di bahagian bawah bagang di hujung pukat.

"Hanya kami, orang Bugis yang mengusahakan bagang. Mungkin ada satu atau dua pengusaha bagang daripada etnik lain seperti Suluk dan Bajau. Kami sudah mengusahakan bagang secara turun- temurun sejak 1970-an lagi. Ketika itu nenek moyang kami menggunakan bot kecil.

"Sejak 1985, kami mula menggunakan jongkong. Untuk membina satu bagang sekarang memerlukan antara RM70,000 hingga RM90,000 kerana kayu berlian mahal. Jongkong tak ada enjin. Kalau nak gerakkan, kami tolak dengan perahu. Selalunya, kami berpindah-randah. Kalau di sini tak ada bilis, kami pindah ke tempat lain," ujarnya.

sumber : Berita Harian

Isnin, Disember 21, 2009

Tinggalan Kem Tentera Jepun di Kunak


Ini adalah tiang kayu tinggalan Tentera Jepun sewaktu mereka bertapak di Daerah Kunak pada 1942-1943 atau sewaktu Perang Dunia Ke-2 (WW2).

Menurut sesetengah pihak masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di daerah ini yang masih belum diketahui umum lokasinya, seperti yang terbaru penemuan trowong bawah tanah yang digunakan oleh pihak tentera Jepun untuk bersembunyi dari sasaran pengeboman dari pihak Berikat.

Sabtu, Disember 12, 2009

Sejarah Tapak Premis Makanan

Dulunya sebelum pembinaan Premis makanan ini, tapak tersebut adalah bekas peninggalan bangunan Panggung Wayang yang pertama di pekan kunak yang mana ia dipercayai telah wujud sebelum 1960-an lagi. Akan tetapi bangunan tersebut telah dirobohkan sebelum kerja-kerja menimbus tanah dilakukan pada 2005.


Rabu, Disember 09, 2009

Warna-Warni Kg. Pangkalan, Kunak Bhg. I





p/s : semua gambar yang diambil adalah dari jurufoto profesional

Jumaat, Disember 04, 2009

MADAI CANOPY WALK

This canopy walk can be found in Madai, Kunak. In malaysia particularly Sabah, the place i live, you can find many canopy walkway in forest reserve or more accurately national parks. one of its purpose, to let you experience the walk of the URANG UTANS, let you feel how its like to be ontop high trees... forget about the concrete towers... you are now walking on the very fine touch of nature...

Khamis, Disember 03, 2009

Tun Ahmad Thomas Koroh

Tun Ahmad Thomas Koroh dilahirkan di Keningau pada 1925 dan berketurunan dari suku kaum Murut. Beliau adalah Penolong Pegawai Daerah kecil yang pertama bagi daerah Kunak, yang mana pada ketika itu daerah Kunak masih terletak dibawah pentadbiran daerah Lahad Datu.

Beliau memulakan tugasnya di daerah kunak pada Januari 1965 hingga November 1966 selaku Ketua Pejabat beserta empat lagi kakitangan sokongan. Selepas itu beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Daerah penuh dan bertugas di beberapa daerah pedalaman seperti Tenom dan Ranau.

Pada 12 Oktober 1977, beliau telah diangkat menjadi Tuan Yang Terutama Negeri Sabah yang ke-5 menggantikan Datuk Mohamad Indan Kari TYT ke-4. Akan tetapi jawatan yang beliau sandang itu tidak bertahan lama, kerana pada 25 Jun 1978 beliau telah kembali kerahmah tullah selepas lapan bulan dilantik kejawatan tersebut.

Sesungguhnya jasa yang Allahyarham taburkan kepada daerah kunak amatlah cukup beharga walaupun tempoh masa pentadbiranya sesingkat usianya.

Rabu, Disember 02, 2009

PANORAMA DAERAH KUNAK BHG III

Panorama ini dapat dilihat jika kita menyelusuri tebingan Pelabuhan Kunak, akan tetapi bukan semua pelawat awam dibenarkan masuk ke kawasan pelabuhan melainkan anda mendapat kebenaran dari pihak penguasa pelabuhan Kunak.

Rumah siapakah ini?.....mungkin kita berfikir sejenak siapalah yang sanggup berumah ditengah-tengah lautan ini...panorama ini dapat dilihat jika kita ke Pasar Ikan Kunak.



Air Terjun Madai dari pandangan yang berbeza


Salah satu kolam mata air semulajadi yang terjernih di daerah Kunak, terletak di Kg. Kadazan atau Mostyn

Selasa, Disember 01, 2009

Entrepreneurs

Two Bajau sisters with a basket of cookies and goodies, patronizing the boardwalk in front of their home.
A common sight in most villages near urban areas around Sabah, is children with basket selling cookies and goodies to passer bys. Either stationary like in this photo taken in a water village in Kunak, or door to door.

by: Rabani HMA
Related Posts with Thumbnails