Pengikut

Khamis, Disember 03, 2009

Tun Ahmad Thomas Koroh

Tun Ahmad Thomas Koroh dilahirkan di Keningau pada 1925 dan berketurunan dari suku kaum Murut. Beliau adalah Penolong Pegawai Daerah kecil yang pertama bagi daerah Kunak, yang mana pada ketika itu daerah Kunak masih terletak dibawah pentadbiran daerah Lahad Datu.

Beliau memulakan tugasnya di daerah kunak pada Januari 1965 hingga November 1966 selaku Ketua Pejabat beserta empat lagi kakitangan sokongan. Selepas itu beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Daerah penuh dan bertugas di beberapa daerah pedalaman seperti Tenom dan Ranau.

Pada 12 Oktober 1977, beliau telah diangkat menjadi Tuan Yang Terutama Negeri Sabah yang ke-5 menggantikan Datuk Mohamad Indan Kari TYT ke-4. Akan tetapi jawatan yang beliau sandang itu tidak bertahan lama, kerana pada 25 Jun 1978 beliau telah kembali kerahmah tullah selepas lapan bulan dilantik kejawatan tersebut.

Sesungguhnya jasa yang Allahyarham taburkan kepada daerah kunak amatlah cukup beharga walaupun tempoh masa pentadbiranya sesingkat usianya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails