Pengikut

Khamis, Disember 24, 2009

Sejarah Komoditi Pertanian di Kunak

Gambar Hiasan
Sebelum kelapa sawit mula ditanam di Ladang Mostyn pada 1957, daerah Kunak pada masa itu telahpun ada dua komoditi tanaman utamanya iaitu Abaka dan Tembakau yang mula diusahakan oleh Syarikat persendirian dari Eropah sejak 1930-an lagi.

Abaka adalah tanaman yang dominan pada masa itu, hinggakan kilang pemprosesannya diwujudkan oleh pihak Company yang terletak di Kg. Juita dan Mostyn lama. Tembakau pula adalah tanaman kedua yang penting pada ketika itu, tetapi proses pengeringannya tidak dilakukan di Mostyn tetapi dihantar ke Segama Lahad Datu kerana terdapat kilang khas bagi tembakau disana.

Selepas Perang Dunia ke-2 iaitu pada 1945, kepesatan industri Abaka dan Tembakau ini telah menyebabkan pasaran buruh semakin meningkat di kawasan Mostyn pada waktu itu.

Pihak syarikat yang menghadapi fenomena ini, telah bertindak membawa beratus-ratus imegran dari Kepulauan Kokos Keeling di Utara Australia ke ladang-ladang milik company British di sepanjang timur negeri Sabah bermula dari Tawau, Kunak dan Lahad Datu sebagai pekerja ladang.

Kedatangan suku kaum kokos ini juga, telah mewujudkan beberapa skim penempatan yang dimonopoli oleh suku kaum ini di Kunak khasnya seperti di Giram, Mostyn, Kg. Selamat, Kg. skim kokos, kg. Tun Fuad dan Kg. Airport batu 10.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails