Pengikut

Khamis, Mac 25, 2010

Simpang Empat Kunak

Projek perumahan rakyat ini bakal membantu golongan-golongan yang tidak berumah dan kurang mampu. Jaraknya lebih kurang satu kilometer dari simpang empat.



Rabu, Mac 24, 2010

PANORAMA DAERAH KUNAK BHG. 8





Foto by : Darkis Omar

p/s : Dilarang menyalin semula gambar ini tanpa kebenaran

Jumaat, Mac 19, 2010

PERAIRAN LAUT KUNAK


Perairan laut Kunak yang berkeluasan 573.47 Kilometer persegi ini dulunya adalah lebih luas lagi iaitu 1,840.00 Kilometer persegi, yang meliputi hampir keseluruhan pulau Timbun Mata dan Pulau Silumpat di Timur lautnya.

Akan tetapi apabila penstrukturan persempadanan dilakukan pada 1980an hingga tahun 2000, maka terjadilah keluasan laut Kunak ini seperti pada hari ini. Sebab itu jika ada apa-apa urusan yang melibatkan nelayan seperti permohonan lesen dan permit disini maka para nelayan ini terpaksa berurusan di Semporna dan Lahad Datu kerana tempat yang selalunya mereka tujui untuk menangkap ikan kini sudah dibawah penyeliaan daerah Lahad Datu dan Semporna.

Ini juga sekaligus akan menyusahkan para nelayan, terutamanya nelayan pesisir pantai yang kebanyakkannya masih tergolong dalam miskin tegar.

Alangkah bagus jika pentadbiran perairan kunak dan nelayan diselaraskan dan diuruskan di Kunak sahaja tanpa perlu ke daerah lain yang kadang-kadang karenah birokrasi menambahkan lagi masalah.

Isnin, Mac 15, 2010

MV Kunak 1974

M.V. Kunak di Labuan
MV Kunak ialah sebuah kapal dagang yg membawa muatan seperti bawang, kentang, tepung dan bermacam2 lagi barangan, kepunyaan syarikat perkapalan Straits Steamship Pte Ltd, Singapore. Kapal ini mempunyai dek atas, untuk pegawai kapal dan penumpang kelas atas, dan jugak dek utama (main deck) yg boleh memuatkan barang2 dagangan di atas dek dan juga dek bawah untuk barang2 dagangan dan juga penumpang kelas bawah. Zaman2 tu mana ada air-cond, so Abah kena "improvised" iaitu membuat satu penghadang yg di perbuat daripada card board dan di julurkan keluar tingkap supaya menadah angin masuk ke dalam kabin.

Abah dan dua orang kedet laut yg lain telah berjaya di pilih untuk menerima latihan praktikal ilmu pelayaran dan perkapalan di atas kapal dagang ini. Abah di latih membaca "admiralty chart", mengukur sudut matahari di atas ufuk menggunakan alat pengukur seperti "sextant". Juga Abah dan rakan2 di kerah bekerja macam "kunta-kinte" (ingat tak cerita Alex Hailey pasal hamba abdi kurun ke 18) - kena gosok dek kayu menggunakan berus batu yg di panggil "holy stone", menggilap peralatan logam "brass" iaitu campuran tembaga dengan timah sehingga berkilat. Cuci pakaian sendiri sebab masa tu mana ada mesin basuh kain atas kapal tu. Abah dan kawan2 makan tengahari dan malam bersama2 Kepten tapi kadang2 makan dengan Ahmad dan Sia di dek bawah bersama2 kelasi, sebab kelasi2 tu semuanya Melayu so boleh makan nasi putih dengan ikan goreng panas2.

Perjalanan kapal ini ialah dari Singapura ke Port Klang dan kembali ke Singapura semula dan selepas itu dari Singapura menuju ke Kuching, Sarawak; Jesselton (Kota Kinabalu), Lahad Datu, Sandakan dan Tawau Sabah. Perjalanan keseluruhan nya mengambil masa lebih kurang sebulan. Kepten kapal ini bernama Capt Coupar, warga British, dan Chief Officer ialah orang Ceylon, yg mempunyai bau badan yg kuat seperti bau tembakau. Abah dan rakan2 di latih oleh dua orang pelajar Singapore Polytechnic iaitu seorang Melayu bernama Ahmad dan seorang Cina bernama Sia, tapi rupa macam orang putih. Abah jugak berkawan dengan kelasi2. Satu hari setibanya Abah di Jesselton, abang2 kelasi bawa Abah dan kawan2 ke bandar tetapi mereka terus cari perempuan dan masuk ke Hotel Nak. Tapi Abah tak nak...... hehehe.....sebab Abah budak2 lagi baru berumur 14-15 tahun. Agak2 nya Ahmad dan Sia dah jadi Kepten sekarang ni.

Di Sandakan kapal berlabuh selama tiga hari di luar pelabuhan Sandakan. Abah dan rakan2 di bawa berkelah ke sebuah pulau yg di panggil Pulau Batu Sapi. Di pulau ini, air nya sungguh jernih, dan pasir nya berdebu seperti tepung. Tidak jauh dari pantai lebih kurang 100m ke laut, ada satu batu besar yang tergantung dan akibat hakisan, menyerupai sapi atau lembu iaitu lengkap dengan kaki, badan dan kepala. Agak nya itu lah sebab nya pulau ini di beri nama sedemikian.

Pantai nya tidak lebar lebihkurang 20m saja dari gigi air (mengikut istilah orang Melayu) atau Highest Astronomical Tide (HAT menurut istilah teknikal bahasa Inggeris) sehingga ke tebing batu (cliff) setinggi lebih 100m. Pulau ini tidak berpenghuni dan seperti jarang di kunjungi oleh manusia.

So, kalau orang bertanya, "Siapakah orang yang mula2 menjumpai Pulau Batu Sapi?" Jawab nya, "Abah Asyraf la"..... hehehe.....

Abah dibawa pulak ke Taman Orang Utan di Sepilok.Disini anak2 org utan yg terbiar dikutip dari hutan di bela dan dipulihara.Bila dah besar sedikit dilepaskan semula ke hutan utk memastikan haiwan ini tak pupus.

Tak semudah itu nak dapat peluang pergi belayar ni. Pegawai check result peperiksaan, OK ke dak, yg bongok diorang tak bagi pergi sebab yg lembab nanti susah nak catch-up balik pelajaran selepas 1 bulan tak masuk kelas. Kena interview dulu dan medical check up. Abah di interview oleh seorang pegawai berpangkat Major berbangsa Cina, di MINDEF atas bukit dekat Tanglin. Antara lain dia tanya dalam bahasa Inggeris, "If this (MINDEF) is a ship, how do you protect it?", Abah jawab, "Sorry Sir, I cannot answer such complicated question". Major tu senyum je. Yelah, Abah baru tingkatan 3 (15 tahun) mana lah Abah tau... tapi cara Abah jawab tu dah kira terer jugak tu....

from: ayah-asyraf2.blogspot

Sabtu, Mac 13, 2010

Cadangan Bina Water Front


Penulis rasa terpanggil untuk memberi satu cadangan berhubuang satu saranan dari sebuah blogger kunak ( http://suarakeramat1.blogspot.com/2010/03/apakah-yang-perlu-dibina-di-daerah.html ), agar kita sama-sama memberi cadangan bagi memajukan industri pelancongan di Kunak

Cadangan penulis ialah, dengan membangunkan tebingan teluk pangi (water front) yang bersebelahan dgn jalan kesemporna,atau sebelum simpang pangi ( lihat foto diatas ).seperti membina beberpa buah restoran makanan laut, taman hidupan hutan paya bakau, tempat perkelahan dan sebagainya.

Ini kerana kawasan tersebut amat strategik sekali dengan pemandangan laut sulu/sulawesi yang memukau, bayangkan sahaja hampir beribu kenderaan pelancong yang datangnya dari pantai barat, sandakan dan LD yang melalui kawasan tersebut hampir setiap hari bagi mengunjungi Pulau-pulau peranginan di Semporna, bayangkan tentu ada diantara mereka yg akan terdetik untuk singgah kesana nanti.

Ini sekaligus akan menceritakan pula kepada rakan-rakan mereka tentang kawasan baru tersebut yang semestinya akan melonjakkan lagi industri-industri hiliran yang datang samaada dari orang kunak sendiri atau dari para pelabur luar yang pastinya akan berminat untuk menanam modal dikawasan tersebut dan akhirnya yang paling untung sekali tentunya para penduduk sekitar yang akan menerima tempias dari industri ini.

Sabtu, Mac 06, 2010

PANORAMA DAERAH KUNAK BHG. 7

Panggung Wayang Lama, Kunak
Kedai Papan Sementara ini dibina bagi menggantikan kedai-kedai papan yang hangus terbakar pada 1998 di tapak premis Kunak Plaza yang ada sekarang ini.

Pekan Kunak yang selalunya lengang pada hari-hari biasa

Belankang bangunan sungai wang

Stesen Bas utama di Kunak

Jumaat, Mac 05, 2010

KUNAK WATERFRONT RECREATION

Inilah salah satu tempat rekreasi hujung minggu yang popular bagi penduduk sekitar pekan Kunak setelah penat bekerja seharian. Jeti atau Jambatan baru gelaran bagi masyarakat setempat ini, memang cukup terkenal bagi mereka yang membesar di daerah ini termasuklah penulis sendiri.

Hampir setiap hujung minggu atau cuti umum, tempat ini akan dibanjiri oleh puluhan malahan ratusan pada waktu-waktu tertentu oleh masyarakat sekitar untuk bermandi-manda, memancing dan bagi menikmati pemandangan lautnya yang jernih menghijau.


Lokasinya yang kurang 1 Km dari pusat pekan Kunak, menjadikannya mudah untuk dituju oleh sesiapa sahaja samaada menggunakan kenderaan peribadi atau berjalan kaki dari pekan menyelusuri jalan kastam lama.

Hanya yang bermasaalah tempat ini kurangnya sedikit faktor keselamatan yang disediakan, ini mungkin disebabkan oleh tempat ini belum lagi diiktiraf secara rasmi oleh pihak Majlis Daerah Kunak sebagai pusat rekriasi menyebabkannya tidak diindahkan oleh pihak terbabit, lagipun kawasan ini adalah tempat perindustrian yang sememangnya bukan sesuai untuk aktiviti riadah bersama teman dan keluarga.


Jadi nasihat penulis disini, jika anda sekeluarga merancang untuk berkunjung ketempat ini dan membawa kanak-kanak bersama, pastikan pengawasan rapi dan faktor keselamatan adalah diutamakan sebaik-baiknya.

Khamis, Mac 04, 2010

Warna-Warni Kg. Pangkalan, Kunak Bhg. 4

Panorama dari laut Sulu/Sulawesi menghadap Kg. Pangkalan Kunak, sebuah perkampungan nelayan yang telah wujud lebih 60 tahun yang lalu.

Pelabuhan nelayan ini dahulunya adalah tempat memunggah hasil-hasil Pembalakan dan Pertanian yang utama suatu ketika dahulu di daerah Kunak, dan disini jugalah pemulaan bagi nama daerah Kunak bermula apabila sebuah kapal kargo bernama M.V. Kunak berapa bulan sekali akan berlabuh dan atas kekerapan inilah nama Mostyn ditukar ke Kunak pada 1960 dengan rasminya.

Inilah kehidupan seharian masyarakat kg. pangkalan yang mengharapkan hasil dari laut, bagi meneruskan kelangsungan kehidupan mereka. Kaum Bugis adalah suku yang dominan dalam perusahan ikan kering disini dan adalah kepakaran mereka dalam menangkap ikan spisis permukaan laut dalam, dengan menggunakan Bot Bagang.



Suasana pagi yang sibuk di Pelabuhan kg. pangkalan


Rabu, Mac 03, 2010

KUNAK DI MALAM HARI






Berapa-berapa tahun yang lepas, Pekan Kunak seawal 7.00 malam akan kelihatan lengang seolah-olah pekan mati yang penghuninya lenyap entah kemana....Tapi kini tanggapan sebegitu beransur pulih apabila pihak PBT daerah Kunak atau Majlis Daerah Kunak telah bertindak, memulihkan lanskap pemandang suasana pekan pada sebelah malam dengan memasang pelbagai jenis dan bentuk lampu-lampu malam agar menampakkan keceriaan pekan ini.

Selasa, Mac 02, 2010

Tali Pinggang Keselamatan.....Wang atau Nyawa?


Ini cerita tahun 2007, satu hari penulis tengah tungguh Kancil ( kenderaan sapu / Pairet ) di tepi Kedai emas sungai Wang di Kunak, ceritanya mau pegi rumah kakaku di Madai, biasalah mana ada pengangkutan awam selain ini di daerah Kunak kalau setakat nak pegi Madai atau tempat-tempat sekitar sini, lainlah kalau mau pegi Tawaukah, LDkah adalah Bas atau Van. So mau dibikin cerita kisahnya lebih kurang begini:

Pemandu : Pigi mana.....( sambil dia tunjuk satu arah )

Penulis : Pigi Madai ( sambil sinyum2 masam )

Pemandu : Brapa orang..? satu jak ka?

Penulis : ya bang...boleh ka? ( sambil buat muka kesian )

Pemandu : oklah....tapi kita round-round dulu cari orang...rugibah jalan satu orang

so kami pun round2 lah dalam 3 -4 pusingan dalam pekan tu, adalah 2 orang penumpang yang yg destinasinya sama dengan aku, jadi abang tadi pun teruslah bawa kami ke tempat yg dituju, so dalam perjalanan tu terjadilah dialog seperti berikut, time tu aku duduk depan bersebelahan dengan pemandu.

Penulis : ops lupa pakai tali pinggang ( sambil tanganku menarik tali pinggang keselamatan )

Pemandu : rilek ko geng...ndakda jugak trapik disana ( simpang empat )

Penulis : bang! aku pakai ni ( tali pinggang ) bukan aku takut trapik tapi untuk keselamatan kalau setakat aku kena saman RM300, aku sanggup ba.....tapi persoalanya disini bang, ini melibatkan nyawa kita, nyawa bukan RM300 jak bang....( tengah semangat )

Pemandu : hehehe.....( mukanya macam higblood jak )

Moralnya disini ialah, kita harus ubah cara kita berfikir jangan pakai tali pinggang keselamatan kalau setakat takut dengan pihak berkuasa ( Polis Trafik atau JPJ ), tetapi kita harus fikir pakai tali pinggang adalah untuk keselamatan bukan takut kena saman.

Isnin, Mac 01, 2010

PANORAMA DAERAH KUNAK BHG VI

Hello Kunak together-gether, Pondok telefon dekat Dataran ini banyak meninggalkan nostalgia bagi penulis...ehem.

Jalan ke Semporna, dahulu kalau orang Kunak mau pigi Semporna mau makan 2 jam perjalanan kerana jaraknya yang jauh lebih kurang 100 Km, tapi sekarang tidak lagi....ke Semporna hanya mengambil masa kurang dari 50 minit.

Teluk Pangi, kalau anda ke Semporna ikut jalan baru, anda pasti menikmati pemandangan ini.

Lembah Tingkayu, masih menyimpan peninggalan artifak-artifak Pra-Sejarah

Taman Perindustrian Kunak, menyelusuri tebingan Pelabuhan Kunak yang pesat dilimpahi oleh industri-industri berat.

Saujana mata memandang, dari atas bukit Pangi ini, anda pasti dapat melihat suasana kepesatan tebingan Kunak yang memukau.

Related Posts with Thumbnails