Pengikut

Khamis, Mac 04, 2010

Warna-Warni Kg. Pangkalan, Kunak Bhg. 4

Panorama dari laut Sulu/Sulawesi menghadap Kg. Pangkalan Kunak, sebuah perkampungan nelayan yang telah wujud lebih 60 tahun yang lalu.

Pelabuhan nelayan ini dahulunya adalah tempat memunggah hasil-hasil Pembalakan dan Pertanian yang utama suatu ketika dahulu di daerah Kunak, dan disini jugalah pemulaan bagi nama daerah Kunak bermula apabila sebuah kapal kargo bernama M.V. Kunak berapa bulan sekali akan berlabuh dan atas kekerapan inilah nama Mostyn ditukar ke Kunak pada 1960 dengan rasminya.

Inilah kehidupan seharian masyarakat kg. pangkalan yang mengharapkan hasil dari laut, bagi meneruskan kelangsungan kehidupan mereka. Kaum Bugis adalah suku yang dominan dalam perusahan ikan kering disini dan adalah kepakaran mereka dalam menangkap ikan spisis permukaan laut dalam, dengan menggunakan Bot Bagang.



Suasana pagi yang sibuk di Pelabuhan kg. pangkalan


5 ulasan:

  1. Tahnia, teruskan usaha anda untuk mempromosikan Daerah Kunak, agar di kenali dari kaca mata Dunia.

    BalasPadam
  2. BOLEH MEMANCING KAH DI SINI TUAN PUNYA BLOG.

    BalasPadam
  3. Kpd Blog Tuan Hamba, ya tentu sekali anda dan sesiapa pun amat digalakkan datang kesini...

    BalasPadam
  4. Darkis teruskan usaha anda semoga berjaya mempromosi lahat ta li minsan teingga kg pangkalan tetap ma atai ku dali heka masi bollong ,kirim salam tag a pangkalan aku hemba kapole hari raya,bang niya umul mag tumu ru kita takilanunru aku.Semoga Kunak maju jaya.hidup orang kg.

    BalasPadam
  5. Usaha anda saya sanjungi, tapi cuba usahakan dalam bentuk sejarah daerah Kunak sebelum era kemerdekaan kerana ini amat penting untok kita mengenali ujud nya daerah kunak sebelum pasca kemerdekaan. TQ

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails