Pengikut

Isnin, Mac 15, 2010

MV Kunak 1974

M.V. Kunak di Labuan
MV Kunak ialah sebuah kapal dagang yg membawa muatan seperti bawang, kentang, tepung dan bermacam2 lagi barangan, kepunyaan syarikat perkapalan Straits Steamship Pte Ltd, Singapore. Kapal ini mempunyai dek atas, untuk pegawai kapal dan penumpang kelas atas, dan jugak dek utama (main deck) yg boleh memuatkan barang2 dagangan di atas dek dan juga dek bawah untuk barang2 dagangan dan juga penumpang kelas bawah. Zaman2 tu mana ada air-cond, so Abah kena "improvised" iaitu membuat satu penghadang yg di perbuat daripada card board dan di julurkan keluar tingkap supaya menadah angin masuk ke dalam kabin.

Abah dan dua orang kedet laut yg lain telah berjaya di pilih untuk menerima latihan praktikal ilmu pelayaran dan perkapalan di atas kapal dagang ini. Abah di latih membaca "admiralty chart", mengukur sudut matahari di atas ufuk menggunakan alat pengukur seperti "sextant". Juga Abah dan rakan2 di kerah bekerja macam "kunta-kinte" (ingat tak cerita Alex Hailey pasal hamba abdi kurun ke 18) - kena gosok dek kayu menggunakan berus batu yg di panggil "holy stone", menggilap peralatan logam "brass" iaitu campuran tembaga dengan timah sehingga berkilat. Cuci pakaian sendiri sebab masa tu mana ada mesin basuh kain atas kapal tu. Abah dan kawan2 makan tengahari dan malam bersama2 Kepten tapi kadang2 makan dengan Ahmad dan Sia di dek bawah bersama2 kelasi, sebab kelasi2 tu semuanya Melayu so boleh makan nasi putih dengan ikan goreng panas2.

Perjalanan kapal ini ialah dari Singapura ke Port Klang dan kembali ke Singapura semula dan selepas itu dari Singapura menuju ke Kuching, Sarawak; Jesselton (Kota Kinabalu), Lahad Datu, Sandakan dan Tawau Sabah. Perjalanan keseluruhan nya mengambil masa lebih kurang sebulan. Kepten kapal ini bernama Capt Coupar, warga British, dan Chief Officer ialah orang Ceylon, yg mempunyai bau badan yg kuat seperti bau tembakau. Abah dan rakan2 di latih oleh dua orang pelajar Singapore Polytechnic iaitu seorang Melayu bernama Ahmad dan seorang Cina bernama Sia, tapi rupa macam orang putih. Abah jugak berkawan dengan kelasi2. Satu hari setibanya Abah di Jesselton, abang2 kelasi bawa Abah dan kawan2 ke bandar tetapi mereka terus cari perempuan dan masuk ke Hotel Nak. Tapi Abah tak nak...... hehehe.....sebab Abah budak2 lagi baru berumur 14-15 tahun. Agak2 nya Ahmad dan Sia dah jadi Kepten sekarang ni.

Di Sandakan kapal berlabuh selama tiga hari di luar pelabuhan Sandakan. Abah dan rakan2 di bawa berkelah ke sebuah pulau yg di panggil Pulau Batu Sapi. Di pulau ini, air nya sungguh jernih, dan pasir nya berdebu seperti tepung. Tidak jauh dari pantai lebih kurang 100m ke laut, ada satu batu besar yang tergantung dan akibat hakisan, menyerupai sapi atau lembu iaitu lengkap dengan kaki, badan dan kepala. Agak nya itu lah sebab nya pulau ini di beri nama sedemikian.

Pantai nya tidak lebar lebihkurang 20m saja dari gigi air (mengikut istilah orang Melayu) atau Highest Astronomical Tide (HAT menurut istilah teknikal bahasa Inggeris) sehingga ke tebing batu (cliff) setinggi lebih 100m. Pulau ini tidak berpenghuni dan seperti jarang di kunjungi oleh manusia.

So, kalau orang bertanya, "Siapakah orang yang mula2 menjumpai Pulau Batu Sapi?" Jawab nya, "Abah Asyraf la"..... hehehe.....

Abah dibawa pulak ke Taman Orang Utan di Sepilok.Disini anak2 org utan yg terbiar dikutip dari hutan di bela dan dipulihara.Bila dah besar sedikit dilepaskan semula ke hutan utk memastikan haiwan ini tak pupus.

Tak semudah itu nak dapat peluang pergi belayar ni. Pegawai check result peperiksaan, OK ke dak, yg bongok diorang tak bagi pergi sebab yg lembab nanti susah nak catch-up balik pelajaran selepas 1 bulan tak masuk kelas. Kena interview dulu dan medical check up. Abah di interview oleh seorang pegawai berpangkat Major berbangsa Cina, di MINDEF atas bukit dekat Tanglin. Antara lain dia tanya dalam bahasa Inggeris, "If this (MINDEF) is a ship, how do you protect it?", Abah jawab, "Sorry Sir, I cannot answer such complicated question". Major tu senyum je. Yelah, Abah baru tingkatan 3 (15 tahun) mana lah Abah tau... tapi cara Abah jawab tu dah kira terer jugak tu....

from: ayah-asyraf2.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails