Pengikut

Khamis, April 01, 2010

LAGENDA PULAU TIMBUN MATA


Pada zaman dahulu, ada seorang petani tua dan buta tinggal bersama cucunya disebuah pulau diberi nama " Pulau Timbun Mata ", yang letaknya tidak jauh dari Kg. Pangi di daerah Kunak.

Adapun kehidupan mereka ini adalah mengusahan tanaman padi bukit di pulau tersebut yang menghadap laut sulu.

Pada suatu pagi, beliau telah menjemur padi yang dituainya semalam itu supaya cepat kering dan dapat ditukarkan nanti dengan garam dengan sesiapa sahaja yang menginkan padi tuainya itu, dan apabila setiap kali menjemur padinya, beliau akan sentiasa mengawasinya kalau-kalau ada ayam yang datang memakan padinya.

Pada hari tersebut, cucunya yang agak nakal cuba mempermainkan atuknya yang buta itu. Ia menangkap beberapa ekor ketam di pantai dan menempatkannya bersama-sama dengan padi yang dijemur oleh atuknya tadi.

Maka ketam-ketam itupun berjalanlah diatas hamparan padi tersebut dan sesekali akan kedengaranlah oleh atuknya seolah-olah ada ayam yang memakan padi tersebut "Tick, tick, tick !".

"Apa tu...?" tanya atuknya

"Apa atuk tidak tahu" jawab cucunya "Ada ayam mengerjakan padi ".

Atuknya pun lalu manghentak-hentak tongkatnya ditanah dengan harapan agar ayam-ayam tersebut segera meninggalkan padinya, akan tatapi ketam yang disangka ayam itu sedikitpun tidak menghiraukannya.

"Ha, ha, ha !..." cucunya tergelak melihat aksi atuknya itu.
Tiba-tiba kedengaran bunyi guruh yang kuat dan mengerikan seperti dentuman meriam disana sini. Lalu tiba-tiba mencul sesusuk tubuh dengan janggut putih yang panjangnya hingga ke lutut dari kepulan-kepulan asap putih didepan mereka. Lalu lembaga tersebut pun menghalakan tongkat kepada cucunya itu.
"Kamu tidak boleh mempermainkan atuk kamu" kata lembaga itu, "Lebih-lebih lagi kerana dia buta".
Sebelum cucunya sempat menjawab, angin kencang mula bertiup dan langit menjadi hitam, lahar panas yang merah meletus keluar dari puncak bukit pulau tersebut.
Akibatnya semua rumah di pulau tersebut hancur dibinasakan dan semua yang tinggal di pulau itu berubah menjadi batu.
Bahkan hingga kehari ini, jika anda kebetulan melawat pulau tersebut, anda tentu dapat menyaksikan beberapa batu yang aneh dan menyerupai susuk tubuh manusia.

4 ulasan:

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails