Pengikut

Khamis, April 15, 2010

NEW DIVE SITE IN KUNAK

Monster size

Pulau Tabawan yang terletak 22 batu nautika di timur daerah Kunak yang dulunya terkenal dengan penternakan Mutiara ini, kini telah menjadi salah satu syurga para penyelam yang utama di pantai timur negeri Sabah.
Penternakan Mutiara

Daratan pulau ini yang mempunyai dua puncak bukit yang dulunya dipercayai bekas gunung berapi masing-masing berketinggian antara 275 hingga 300 meter dari paras lautnya, yang keseluruhannya masih diliputi oleh hutan simpan yang mapan.


Lokasi selaman yang menarik adalah dibahagian selatan pulau ini, iaitu satu kawasan yang terdapatnya lekukan dalam yang mempunyai kedalaman 25 hingga 35 meter. Disini para penyelam akan dihidangkan dengan satu panorama terumbuh karang yang sihat dan bersaiz gergasi yang sememangnya amat jarang sekali dilihat pada masa ini.


Untuk kesini anda boleh berhubung terus dengan no. di bawah ini:

call: 089-781911 (Robie) or 0168396583 (Uncel Tat)
Kredit Foto: Chok Vin Zek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails