Mandi atau berendam di kolam lumpur (mud volcano) dipercayai dapat merawat pelbagai jenis penyakit kulit.
Lokasi seterusnya yang ingin diketengahkan adalah merupakan kolam lumpur gunung berapi(mud volcano), yang terletak di Ladang Binuang, Kunak Sabah.
Kolam ini terhasil daripada lingkaran gunung berapi yang sudah tidak aktif lagi, serta lokasinya agak jauh nun di dalam sebuah ladang kelapa sawit. Destinasi ini boleh dicapai dengan dua laluan, menggunakan sebarang jenis kenderaan (kenderaan pacuan empat roda sangat digalakkan).
Keadaan kolam lumpur di Ladang Binuang, Kunak.
Persimpangan untuk laluan terdekat terletak di Jalan Lahad Datu – Kunak (berhampiran dengan Air Terjun Madai). Laluan pertama ini memakan masa lebih kurang 30 minit.
Manakala laluan kedua terletak di Jalan Kunak – Tawau, iaitu melalui Ladang Mostyn. Laluan ini memakan masa lebih kurang 1 jam. Keadaan kedua-dua laluan tidak berturap, tetapi dalam keadaan baik.
Maklumat lanjut mengenai kolam ini bolehlah berhubung dengan pihak Ladang Binuang di talian 089-886188.
Kredit Artikel: malaysianeka.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..