Pengikut

Jumaat, April 09, 2010

SEJARAH JALAN KUNAK – TAWAU - SEMPORNA

Simpang tiga jalan ke Kunak, Tawau dan Semporna 1967

Sebelum adanya jalan perhubungan darat antara daerah Kunak dan daerah-daerah sekitarnya dibina, masyarakat Kunak pada ketika itu hanya bergantung harap kepada bot-bot kumpit dan kapal-kapal stim kargo yang berlabuh di Kg. Pangkalan yang kadang memakan masa selama dua hari untuk ke Tawau dan sehari suntuk untuk ke Lahad Datu dan Semporna bagi tujuan-tujuan tertentu.

Hanya pada 1963 barulah rancangan pembinaan jalan raya bagi menghubungkan daerah Kunak dengan Bandar sekitarnya berlaku, ekoran kepesatan industri kelapa sawit yang sedang rancak berlaku di kawasan Mostyn pada ketika itu.

Dan pada 1965 melalui peruntukan khas yang disalurkan oleh kerajaan negeri sebanyak RM 1.7 juta, maka impian masyarakat kunak pun termakbul dibawah kepimpinan Allahyarhan Tun Mustafa Ketua Menteri Sabah pada ketika itu, dengan bermulanya pembinaan jalan gravel sejauh 128 batu pertama dibina dengan rasminya oleh gabungan tiga badan iaitu P.W.D, Malaysian Army Engineering dan gabungan pengusaha-pengusaha pembalakan yang beroperasi pada waktu itu.

Serentak dengan itu juga sebuah jambatan dibina di sungai Kalumpang bagi menghubungkan tanah besar dengan pulau Semporna.

Selepas dua tahun pembinaan jalan baru ini, berulah jalan Kunak – Lahad Datu dibuka pula pada 1967.

3 ulasan:

  1. mantap darkis... memamng mantapla..d mn la ko dpt sume gambar ni..

    BalasPadam
  2. tq iqbal... klu gambr2 baru aku ambil sendiri atau dr kawan2 dan internet. klu gbr lama2 aku cari sendiri dri orng2 lama atau buku..

    BalasPadam
  3. aku rasa ko mmg ptut dpt pujian... bkn senang mao dpat sume gambar ni..aku harap ko blh dpat lagi gambar tentang kunak..teruskan sak usaha bosku..

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails