Pengikut

Rabu, Oktober 06, 2010

" Selamatkan Sungai Atas "....!

Ini adalah antara panorama terbaru Sungai di Kampung Sungai Atas, Kunak yang sempat saya rakamkan sewaktu saya melalui sebuah jambatan di kawasan tersebut beberapa minggu yang lepas. Sedih dan kecewa apabila melihat suasana terbaru sungai ini, sungai yang suatu ketika dahulu adalah tempat bagi saya dan rakan-rakan yang lain untuk bermandi-manda tak kala musim cuti persekolahan tiba.

Tempat inilah antara lokasi yang sering saya kunjungi sewaktu tahun 1988 hingga 1998, mana tidaknya inilah sungai yang paling dekat dengan kawasan pekan mungkin kurang 20 minit dengan berjalan kaki - masa itu aktif lagi - kalau mau ke Madai jauh terpaksa keluarkan modal lebih walaupun tambang pada masa itu RM 2.00 lagi naik Van sapu banding dengan sekarang mau-mau RM 5.00 seorang.

Kini Sungai Atas yang dahulu hanya tinggal kenangan, keceriaan dan keindahannya semakin terhakis dek angkara kita yang tidak ambil peduli lansung tentang kebersihannya.
Mungkin masi ada yang ambil peduli tentang masalah ini, masakan tidak beberapa paip PVC beserta mesin penyedut ada dibeberapa lokasi tebingan sungai ini sedang menyedut air. Tapi apalah guna jika kita hanya mengambil hasilnya tanpa menjaganya.
Mungkin selepas ini, aku hanya dapat menceritakan kisahku dan sungai ini kepada anak-anakku tanpa mereka juga dapat merasainya.

2 ulasan:

  1. apa yang anda katakan adalah benar berkenaan sungai atas,untuk makluman anda juga sungai atas dahulunya adalah tempat orang-orang dari kampung pangkalan kunak untuk mengambil air untuk di minum,di mana mereka akan menaiki perahu untuk sampai ke hilir sungai.i love kg sg atas.

    BalasPadam
  2. Terima kasih tuan atas infonya...

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails