Pengikut

Khamis, Disember 02, 2010

MEMORI 1969 - 1978

Dulu susah ba…gaji baru RM6 satu hari cuba makanan murahlah ..kau bayangkan Sardin satu tin 30 sen….goreng pisang 1 sen, bukan kah itu murah?


Waktu itu Bapakku kerja di Ladang Giram manakala mamak pulak di tinggal di Kg. Pangkalan. Jadi sesekali aku ikut bapak pigi Giram kasi kawan dia…dulu mana ada banyak karita macam sekarang, hanya taukey-taukey kayu balak jak pada masa itu yang mampu beli karita. Jadi aku sama bapak jalan kaki jak dari Pangkalan ke Giram…kau bayangkan saja betapa payahnya orang-orang seperti kami pada masa itu….


Dulu tiada lagi bangunan batu di Kedai Baru tu, Cuma yang ada hanya satu barisan bangunan kedai papan sebelah SK. Pekan Kunak…tapi sekarang ndada suda…suda tebakar pada 1998…lepas tu kerajaan bina di depannya pulak satu baris lagi bangunan kayu, diorang jadikan Pejabat daerah sementara sebelum adanya bangunan sekarang…itupun suda kanak rubuh suda tahun ini jugak, yang sekarang ini kalau kau nampak diorang pagar pakai zink biru di tepi padang tu. Disitulah semua orang berurusan.


Kalau mau pigi Lahad Datu atau Semporna ikut Kumpit ( Bot Panambang ), walapun ada suda jalan tapi masi gravel ba…itupun jalan untuk kayu balak jadi susah sikit. Orang Kunak pada masa itu suka naik ini Kumpit, masi aku ingat nama-nama botnya seperti “KASIH SAYANG”, “LESON LAJU”, “SRI SARINA”, “MULATA” dan “SALEHA BARU”…tambang RM5 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak. Semuanya belabuh di Kg. Pangkalan.


P/s : Seperti yang diceritakan oleh En. Asri Annah kepada penulis, semoga kita dapat manghayati cerita ini dan menghargai dengan apa yang kita ada.

2 ulasan:

  1. masih ada ka, sisa-sisa rangka pengangkutan ini di Kunak, klu ada boleh dijadikan bahan arkib utk muzium mini di Kunak spt yg dicadangkan

    BalasPadam
  2. rasanya masih ada tuan....salah 1nya dibwah kolongan rumah kedai di kg.pangkalan..cuma tiggal rangka shj....

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails