Pengikut

Khamis, Januari 20, 2011

THE FORGOTTEN : Panggung Wayang Lama Kunak

Masih ingatkah anda dengan bangunan usang ini ?, cuba bayangkan saat anda melewati jalan-jalan di sekitarnya beberapa tahun yang lalu, bagaimana suasananya ?. Bagi mereka yang membesar di sekitar Pekan Kunak seperti saya, tentu saja pelbagai kisah duka dan gembira sentiasa mencuit anda untuk mengimbau kenangan lama disini.

Panggung Wayang Lama di persimpangan jalan JKR lama ini, dulunya amat meriah sekali kepada warga kunak sewaktu tahun 70-an hingga hujung 90-an. Pelbagai genre filem perna di tayangkan disini dari filem Holywood, Bolywood, Hong Kong hingga ke filem Melayu dan negara-negara jiran sekitarnya. Boleh di katakan inilah tempat hiburan yang pertama di Kunak.

Mengimbau semula waktu itu, hampir setiap hari jika kebetulan melalui kawasan tersebut, anda akan mendapati dinding-dinding bangunan ini akan digantungi oleh poster-poster filem yang bakal di tayangkan pada minggu itu.

Masi aku ingat sewaktu pertama kali menjejakkan kaki kesini dahulu, filem yang di tayangkan pada malam itu ialah filemHolywood bertajuk "Rambo : First Blood" mungkin dalam tahun 1986/87 begitu, kurang jelas tarikhnya. Ditemankan Bapak dan Ibu suasananya sungguh meriah kebetulan waktu itu ada 'Fun Fair' disebelahnya menambah kemeriahan malam itu.

Kini bangunan ini tidak lagi menayangkan filem, tiada lagi poster-poster yang digantung, khabarnya beberapa tahun yang lalu ia telah ditukarkan ke premis hiburan yang lain seperti 'Tin Tong' dan Meja Beliard akan tetapi semuanya juga tidak bertahan lama.

8 ulasan:

  1. Salam..
    Saya dulu selalu jalan dekat sini..
    Tu pun kalau mau pegi area masjid and bangunan sapang..
    Masa tu pun, bangunan nie tdk suda dijadikan panggung.. Tempat men tin tong jak..
    Sayang nya, skg dah terbiar dan tiada usaha pemuliharaan dijalankan..

    BalasPadam
  2. sekitar tahun 1990-an, di panggung wayang (PAWAGAM) ini jugalah filem Lucah ditayangkan ketika dulu. Poster filem di luar panggung dilihat lain dan filem ditayangkan dalam panggung juga lain.
    maksud yg ringkasnya, diluar poster perang, di dalam perang lain..
    keh..keh..

    mungkin sebab itulah pihak berkuasa telah menutup PAWAGAM ini ketika dulu

    BalasPadam
  3. Wslm..En.Ask,

    ya betul tu tuan...dari terbiar jak begini..kan bagus klo sapa2 yg berkenaan cam tuan punya tanah pigi jadikan ia tempat tarikan pelancong cam Muzium ka...kan. dri sana pun buli jgk dia buat untung...dari terbiar begini...last2 jd sarang maksiat nnt...

    BalasPadam
  4. En. Ibrahim (Kunak Press)

    Saya macm ingat2 jgk tu perkara tuan...time tu klu pulangan dr sekolah suda..slalu jgk limpas sini...sbb buli main 'pleset2' di tangga dpannya...dan skali-skala ada jgk tertengok poster2 lucah di tmpat kaunter tiketnya...tp xlama buli tengokla kan budak sekola lagi kekeke....dimarah ba kami oleh tukang jaganya tu..

    Tapi tuan xsepanjang masa sya rasa diorg tayangkan filem2 cam tu..ada msa lain diorg tayng jgk filem2 tontonan umum..coz seingat saya kali terakhir saya pigi tengok wayang disitu tahun 1997..filem 'Gemerlapan' lakonan kump. A To Z...tpi kurng sambutan la...mungkin sbb tu tokey dia kasi selang-seli dgn filem2 18X spy org datnga hehehe...

    BalasPadam
  5. tin tong bha ni..... tmpat main tintong slpas terawih

    BalasPadam
  6. TQ tuan kai mikazey atas responnya....

    tin tong pun ndak bertahan jugak...

    BalasPadam
  7. dulu mimang sllalu jgk pusing wayang2 perdana sini, tym xda wayang2 perdana tym tu lah durang pusing wayang2 XXX. tiket pun murah, RM2 sak. hehehe...

    BalasPadam
  8. Depan rumah saya nie uncle :) jd sarang maksiat saja nie tmpt . klu azan p solat, masih ada lagi pck-pck duduk di depan pawagam lama nie. Padahal dekat saja Masjid tu diorang tidak hirau.

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails