Pengikut

Jumaat, Mac 19, 2010

PERAIRAN LAUT KUNAK


Perairan laut Kunak yang berkeluasan 573.47 Kilometer persegi ini dulunya adalah lebih luas lagi iaitu 1,840.00 Kilometer persegi, yang meliputi hampir keseluruhan pulau Timbun Mata dan Pulau Silumpat di Timur lautnya.

Akan tetapi apabila penstrukturan persempadanan dilakukan pada 1980an hingga tahun 2000, maka terjadilah keluasan laut Kunak ini seperti pada hari ini. Sebab itu jika ada apa-apa urusan yang melibatkan nelayan seperti permohonan lesen dan permit disini maka para nelayan ini terpaksa berurusan di Semporna dan Lahad Datu kerana tempat yang selalunya mereka tujui untuk menangkap ikan kini sudah dibawah penyeliaan daerah Lahad Datu dan Semporna.

Ini juga sekaligus akan menyusahkan para nelayan, terutamanya nelayan pesisir pantai yang kebanyakkannya masih tergolong dalam miskin tegar.

Alangkah bagus jika pentadbiran perairan kunak dan nelayan diselaraskan dan diuruskan di Kunak sahaja tanpa perlu ke daerah lain yang kadang-kadang karenah birokrasi menambahkan lagi masalah.

1 ulasan:

  1. Waa...nampak tuan xbaca penjelasan saya di entry sblmnya...lgipun main cerita saya dia atas adalh mengenai penstrukturan pensempadanan yg mngakibatkan nelayan yg dulu berada di kws tesebut..tepaksa berurusan di daerah2 yg mana kawsn tesebut telah menjadi dibawah kuasa pihak perikanannya...sayang sungguh tahap pemahaman tuan terlalu sempit....tuan xdpt bezakan antara dakwaan, fakta dan cadangan yg sya berikan....lagipun maksud yg tuan nyatakan disini sangat jauh dri apa yg sebenarnya yg cuba saya terangkan....sampai lesen 'bagan' tuan merepek...

    tuan...memanglah klu dia nelayan di kunak dan menangkap ikan dikunak juga...semestinya lah ba dia buat lesen di kunak kan....maksud saya disini....sbgi contoh...jika dulu kawsn dr sungai sipit hingga ke gading2 adalah dibwah kuasa perikanan kunak...(bapak saya sendiripun menangkap udang di kwsn tersebut dulu)...tetapi skrang tidak lagi...sbb dibawah kuasa perikanan daerah semporna suda...jadi adakah masi logik lagi jika nelayan berurusan di kunak lagi ?....harap balik kalu tuan sblm menuduh harap..baca btul2...nnt jelas pula thap mentaliti anda yg sebenarnya....lagipun saya suda minta tuan bagi nama..dan saya siap bagi no.telepon lagi...spy kita dapat berbincang/discuss...klu btul saya yg salah....pasti saya btulkan..tp mesti dgn fakta/alasannya disamping skop berbincangan tdi tidak lari dr tajuknya....ini! tuan hanya sertakan nama samaran.....dan seolah2 tuanlah yg tau cerita sebenarnya...klu tuan tadi mmg pegawai perikanan mungkin btul juga lah...ini dgn bertopengkan kononnya sbgai nelayan kunak...tapi haprak lansung xtau apa sebenarnya yg cuba sya sampaikan.......harap post lepas ini tuan lebih bersikap pro ckit....tunjukkan siapa sbnarnya anda....jgn jdi bacul dan pengecut....atau anda sebenarnya yg bukan org kunak....lepas ini mungkin sya akan tapis kenyataan2 pengecut spt anda...sbb adalah membuang masa melayan org yang spt anda...yg hanya cuba menghentam tanpa menggunakan hikmah...sekian

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails