Pengikut

Rabu, Disember 29, 2010

Replaction at Kunak

Hidup ini adalah cerminan dimasa hadapan
Percubaan 'Replaction on Street' di Pekan Kunak

Selasa, Disember 21, 2010

The Best Pisang Goreng in Kunak

Goreng Pisang atau 'Sanggar' gelaran bagi suku kaum Bugis dan 'Jualan' bagi suku kaum Bajau dan Suluk ini adalah salah satu jenis makanan segera ala kampung yang amat popular di sini. Pada kebiasaanya juadah ini memang terdapat dimana-mana sahaja tempat yang penduduknya majoriti dari kalangan tempatan dan tidak keterlaluan jika dikatakan setiap kampung yang ada di sekitar Kunak pasti ada gerai yang menyediakan juadah ini, dan setiap darinya mempunyai rasa dan keunikannya yang tersendiri.

Bagi anda yang berkunjung ke daerah Kunak dan teringin nak merasa kenikmatan juadah petang ini usah risau....mermula dari pekan Simpang empat hingga ke Pusat Pekan Kunak, anda akan dapat menemui gerai-gerai yang menjual hidangan ini dan pastikan anda datang awal...kerana dikuwatiri anda melepas nanti.

Jumaat, Disember 17, 2010

KUNAK : Kedai Bharu


Kedai Bharu adalah pusat perekonomian yang utama di daerah Kunak. Dulunya sebelum kewujudan pekan kecil ini, semua masyarakat di sekitarnya hanya bertumpu di kawasan persisir pantai timur pekan ini atau lebih dikenali sebagai 'Pangkalan Mostyn' bagi mendapatkan barangan keperluan harian atau untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan ke Lahad Datu atau Semporna.

Hanya pada penghujung tahun 1960-an barulah Kedai Bharu mula diwujukan apabila Kunak dinaik taraf menjadi Daerah Kecil dibawah seliaan Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD).

Kini suasana Kedai Bharu tidak banyak yang berubah sejak sedekad yang lalu, cuma mungkin beberapa kemudahan awam telah dipertingkatkan oleh pihak PBT, manakala yang lain tetap sama walaupun kepesatan pembangunan jiran disebelah sedang giat kedengaran.

Mungkin pihak yang bertanggungjawab harus memikirkan sesuatu untuk cuba menarik lebih banyak peluang yang ada agar Kedai Bharu tidak terus jauh ketinggalan berbanding jiran terdekatnya.

Ahad, Disember 12, 2010

A Shy Boy

Faces of children in the excitement of a pedestrian walkway, hope for tomorrow for the light to change the situation now so much better than today

Rabu, Disember 08, 2010

SUNRISE AT KUNAK

One morning while watching the beautiful sunrise in the east, while watching the bustle of fishing boats approached the port Kg. Pangkalan, Kunak.

Isnin, Disember 06, 2010

The Best "Mee Goreng" in Town

Terletak di tingkat dua bangunan 'Kedai Bintang Laut' dan berhadapan dengan Stesen minyak Esso di Pusat Pekan Kunak - beroperasi hampir setiap hari kecuali pada cuti umum seawal jam 6.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

P/s : Khabarnya Restoran ini adalah legasi dari Restoran Muhibbah di Kg. Pangkalan.

Sabtu, Disember 04, 2010

Dried fish in Kunak

Suasana yang indah disiang hari diselebungi oleh aroma laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa | Kampung Pangkalan Kunak, Sabah - Malaysia

Jumaat, Disember 03, 2010

Terminal Bas Kunak


Inilah pemandangan di Terminal Bas utama di pekan Kunak ini pada hari-hari biasa. Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pusat harian daerah ini, menjadikannya mudah untuk dikenali walaupun kepada meraka yang pertama kali menjejakan kaki di bumi bertuah ini.

Aktiviti terminal ini selalunya akan bermula seawal 6 pagi lagi seperti juga terminal bas di tempat lain dan akan berakhir mengikut keperluan pada masa itu, dimana jika ramai penumpang tempoh operasinya akan dilanjutkan hingga ke lewat malam dan jika jumlah penumpang sebaliknya, maka seawal 5 petang lagi kawasan ini akan menjadi lengang.

Jika dahulu perkhidmatan terminal ini hanya mensasarkan kepada meraka yang berulang-alik ke Semporna, Tawau dan Lahad Datu sahaja. Akan tetapi sekarang ini akses untuk ke bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu dan Sandakan juga telah mula beroperasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jadi pengunjung diluar sana usah risau perkhidmatan ini sentiasa ada 7 kali seminggu.

Cuma dua perkara yang penulis rasa harus dipandang keutamaan oleh pihak PBT di kawasan ini, iaitu ketiadaan Tandas Awam dan ruang menunggu yang selesa di samping aspek kebersihan juga harus dititik beratkan.

Khamis, Disember 02, 2010

MEMORI 1969 - 1978

Dulu susah ba…gaji baru RM6 satu hari cuba makanan murahlah ..kau bayangkan Sardin satu tin 30 sen….goreng pisang 1 sen, bukan kah itu murah?


Waktu itu Bapakku kerja di Ladang Giram manakala mamak pulak di tinggal di Kg. Pangkalan. Jadi sesekali aku ikut bapak pigi Giram kasi kawan dia…dulu mana ada banyak karita macam sekarang, hanya taukey-taukey kayu balak jak pada masa itu yang mampu beli karita. Jadi aku sama bapak jalan kaki jak dari Pangkalan ke Giram…kau bayangkan saja betapa payahnya orang-orang seperti kami pada masa itu….


Dulu tiada lagi bangunan batu di Kedai Baru tu, Cuma yang ada hanya satu barisan bangunan kedai papan sebelah SK. Pekan Kunak…tapi sekarang ndada suda…suda tebakar pada 1998…lepas tu kerajaan bina di depannya pulak satu baris lagi bangunan kayu, diorang jadikan Pejabat daerah sementara sebelum adanya bangunan sekarang…itupun suda kanak rubuh suda tahun ini jugak, yang sekarang ini kalau kau nampak diorang pagar pakai zink biru di tepi padang tu. Disitulah semua orang berurusan.


Kalau mau pigi Lahad Datu atau Semporna ikut Kumpit ( Bot Panambang ), walapun ada suda jalan tapi masi gravel ba…itupun jalan untuk kayu balak jadi susah sikit. Orang Kunak pada masa itu suka naik ini Kumpit, masi aku ingat nama-nama botnya seperti “KASIH SAYANG”, “LESON LAJU”, “SRI SARINA”, “MULATA” dan “SALEHA BARU”…tambang RM5 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak. Semuanya belabuh di Kg. Pangkalan.


P/s : Seperti yang diceritakan oleh En. Asri Annah kepada penulis, semoga kita dapat manghayati cerita ini dan menghargai dengan apa yang kita ada.

Rabu, Disember 01, 2010

Jalan - Jalan di Pasar Minggu Kunak






Jika di Pantai Barat Sabah orang disana sinonim dengan Pasar Tamunya, tetapi di sebelah Pantai Timur Pula khasnya Daerah Kunak, mereka menggelarnya Pasar Minggu sesuai dengan keadaannya yang disambut pada setiap hari minggu atau ahad.

Pasar Minggu di Kunak ini terletak di persimpangan Jalan Kg. Jaya Baru dan Jalan ke Kg. Sungai Atas berhadapan dengan Bangunan Jabatan Perikanan Daerah Kunak.

Destinasi yang amat popular di Pekan Kunak ini menyediakan pelbagai aneka warna dan ragam di mana penduduk kampung dari serata daerah ini membawa hasil jualan pakaian terpakai atau 'Rombengan', pertanian, penternakan dan perikanan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain.

Para penjaja membawa masuk barang jualan mereka seawal hari Sabtu pagi dan pasar Ahad ini bermula pada jam 6 pagi dan berakhir sekitar jam 2 petang.

Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan lawatan di pasar ini sangat menyeronokkan dan semuanya ada disini menanti ketibaan para peraih dan pembeli dari segenap lapisan masyarakat yang ada disini.

Selasa, November 30, 2010

Light Trail at Kunak

Malam tidak bererti gelap | Percubaab menangkap cahaya-cahaya malam di Pekan Kunak | 23hb November 2010

Sabtu, November 20, 2010

PANORAMA DAERAH KUNAK BHG. 10

Kampung Gading-Gading


Kampung Sungai Atas


Hospital Kunak dan Kampung Selamat


Pasar Sayur, Pasar Malam dan Kampung Jaya Bharu


Kampung Buang Sayang, Kampung Kunak Jaya dan Pusat Perindustrian Kunak

CREDIT TO PHOTOGRAFER : Mr. Mi Gsr

Khamis, November 18, 2010

Sabtu, November 13, 2010

PANGKALAN 1961 ?

"Ini adalah photo Kampung Pangkalan, Kunak dari udara tahun 1961", dakwa seorang kenalan dari Kota Kinabalu yang saya kenali sejak tahun lepas. Beliau juga seperti saya yang amat berminat dengan photo-photo lama hitam putih, dan atas keterujaan saya terhadap artifak ini saya meminta kebenaranya untuk menyalin semula gambar ini dan mempamerkan di blog ini.

Berbalik kepada cerita di sebalik photo lama ini kenalan ini memberitahu, photo ini diambil sewaktu pihak British melakukan tinjauan udara terhadap keadaan pelabuhan kayu balak di kawasan Pangkalan Mostyn, serta perairanya ekoran dari berleluasanya tragedi-tregedi rompakan di perairan ini pada masa itu yang mensasarkan bot dan kapal-kapal stim di Teluk Darvel.

Melihat kepada suasana dalam photo ini, mengingatkan aku kepada cerita arwah bapak yang menjadi jurumudi kayu balak disini dalam tahun 1965. Pada waktu itu menurut bapak, kayu balak dari hutan belantara Mostyn hingga ke Pulau Silumpat akan dihanyutkan dan ditambat ditepi-tepi pelabuhan Pangkalan sehingga kedatangan Kapal-kapal stim untuk memunggahnya dan dihantar ke Sandakan atau Kota Kinabalu untuk proses selanjutnya.

Rumah di Pangkalan kebanyakkannya berupa rumah kongsi yang dikhaskan kepada pekerja-pekerja disini dan sebuah Kedai Kopi kepunyaan Cina Muslim di penjuru hujung pelabuhan.

Jumaat, November 12, 2010

Masjid Tertua di Kunak

Masjid yang terletak dibawah kaki Bukit Madai ini, dipercayai adalah masjid yang tertua dibina di kawasan Kunak. Ia mula dibina pada 1921 oleh masyarakat Idaan di kawasan itu dengan menggunakan sumber bahan binaan yang terdapat dikawasan tersebut.

Pada 1958 ia telah dibaik pulih hampir keseluruhannya dengan mengekalkan tiang utamanya sahaja, dimana atap dan dindingnya telah ditukarkan denga zink.

Khamis, November 11, 2010

SIMPANG EMPAT KUNAK 2004

Ini adalah salah satu panorama jalan simpang empat yang sempat saya rakamkan pada kamera pertama saya pada tahun 2004.

Cuba terangkan apa yang berbeza dulu dan sekarang?

Jumaat, November 05, 2010

Kunak : The Sungai Atas Street

Road which will connect you to the Kg. Jaya Bharu, Kg. Sungai Atas, Kg. Getah, Kg. Pangi and Kg. Sapang, and the Pasar Tamu Minggu.

Also this road will take you to SMK Kunak Jaya, SM Ugama Kunak and SK Kg. Selamat

Khamis, November 04, 2010

Overlooked in Kunak

Sedang aku asyik berbual dengan seorang sahabat lama disini, tumpuanku sesekali terganggu oleh kanak-kanak jalanan ini. Sesekali ada dua tiga orang yang kebetulan berdiri ditepi laluan kanak-kanak jalanan ini. Ada diantaranya yang cuba mengelak dari terlalu rapat dengan meraka sambil menunjukkan ekspresi muka yang kurang selesa.

Kasihan...tapi itulah realiti kehidupan disini, mereka sering dipandang rendah oleh sesetengah masyarakat kita oleh kerana mungkin cara mereka yang sedikit berbeza dengan kita. Walhal mereka juga seperti kita yang punya keinginan dan perasaan.
Sedikit Fakta : Bajau Laut atau 'Palau' adalah gelaran yang sinonim dengan mereka dan dipersisiran Kg. Kunak Jaya hingga ke Pelabuhan Kunak adalah penempatan masyarakat ini disini. Sesekali kanak-kanak Palau ini memang sering kelihatan merayau-rayau di sekitar pekan Kunak samada untuk menjual ikan atau mencari barang-barang kitar semula yang boleh mendatangkan hasil sampingan untuk meraka.

P/S : Aku pun dulu manabak jugak ba macam diorang ni....:)

Selasa, Oktober 26, 2010

PANORAMA DAERAH KUNAK BHG. 9

Mengembalikan suatu memori yang jauh, mengingatkanku kepada zaman persekolahan apabila melalui jalan ini. Apakah yang telah berubah disini ?.

Sabtu, Oktober 23, 2010

The Sun rises in the east

Percubaan lanskap Matahari terbit diawal pagi - Kg. Pangkalan, Kunak, Sabah, Malaysia - Time 6.30 am - 2010

Jumaat, Oktober 22, 2010

The Earliest Houses

Rumah ini adalah antara kediaman yang pertama sekali dibina di Kg. Pangkalan Kunak yang masih wujud hingga ke hari ini. Pemilik asal rumah ini adalah Tuan Hj. Mat Nor seorang pengusaha bot penarik balak yang berjaya pada ketika itu.

Menurut seorang yang telah lama tinggal di kawasan ini, pada masa itu (mungkin dalam tahun 1960-an) menurutnya, rumah di Kg. Pangkalan tidak sampai sepuluh buah biji jumlahnya pada masa itu, hal ini mungkin disebab oleh kawasan ini dipenuhi oleh timbunan kayu balak dan beberapa bot-bot penarik disamping sesekali akan kelihatan kapal-kapal stim kargo yang berlabuh di hujung pelabuhan kampung ini.
Beliau menjelaskan lagi, kepesatan pertumbuhan penduduk disini adalah bermula seawal tahun 1970 apabila ramai dari pekerja-pekerja pembalakan dan estet pertanian datang bersama keluarga masing-masing dan membina rumah disini ekoran dari kemudahan dan akses untuk mendapatkan keperluan harian lebih mudah jika dibandingkan di tempat lain.

Khamis, Oktober 21, 2010

BARGAINING IN KUNAK BAZAAR

Such a view is nothing incongruous in Kunak when the arrival of the festive season here. Various items rarely found on normal days would be there at this time. This includes items such as clothes cover the latest fashionable women which generally are only available in big cities like Kota Kinabalu and Kuala Lumpur.

Rabu, Oktober 20, 2010

KUDRAT KEHIDUPAN

Sebuah Panorama indah di pagi hari - sepasang tua yang meniti liku-liku kehidupan sebagai nelayan di Kampaung Pangkalan, Kunak. Perusahaan ikan kering atau masih adalah produk utama disini - sayang kebanyakkannya hanya generasi lewat usia yang masih dapat pertahan menempuh hidup sebagai anak laut.

Selasa, Oktober 19, 2010

Wooden Walkways

The atmosphere in a panoramic wooden walkways in Kg. Pangkalan, Kunak. Does this passage hold for a period of several years' time?.

Jumaat, Oktober 15, 2010

Lembah Tingkayu Kunak


Panorama indah di Lembah Tingkayu Kunak, sebuah kawasan yang masih menyimpan seribu misteri untuk dirungkaikan. Pada 1980-an pihak arkiologi telah mengesahkan bahawa sejak 15,000 tahun dahulu, lembah ini adalah antara penempatan yang terawal di Asia Tenggara dimana kehidupan masyarakatnya telah menggunakan peralatan-peralatan yang terbaik dalam penghasilan dan pembuatannya, hinggakan mereka dikatakan mempelopori industri tembikar yang berkualiti tinggi yang mana merujuk kepada penemuan artifak-artifak di kawasan ini.

Jumaat, Oktober 08, 2010

THE BAL HOUSE

Dulu masa di bangku sekolah rendah, kalau 'pulangan' sudah - aku dan rakan-rakan yang lain sering melalui tepi jalan ini untuk pulang ke rumah dan memang tidak sah kalau tidak singgah sekejap di tepi pagar ini untuk mencari buah "Kedondong". Dulu ada pokok buah kedondong yang besar di tepi rumah ini sekarang tiada lagi mungkin oleh kerana saiznya yang terlalu besar maka pemiliknya pun telah menebang pokok tersebut 10 tahun yang lepas.

Sedikit fakta sejarah mengenai rumah ini yang sempat saya selidiki, dimana rumah ini mula dibina pada 1967 oleh BAL Plantation Company sebuah syarikat terawal yang menoraka industri kelapa sawit di daerah Kunak. Merujuk orang-orang lama di sini, rumah ini mula didiami oleh sebuah keluarga Inggeris sebelum dijadikan rumah tumpangan dan rumah untuk penjaga kawasan ini.

Kini rumah setengan abad ini dimiliki oleh syarikat konglomerat terbesar di Malaysia iaitu Sime Darby Plantation Bhd. Diharap bangunan usang ini akan terus dipelihara bagi tatapan generasi yang akan datang.

Rabu, Oktober 06, 2010

" Selamatkan Sungai Atas "....!

Ini adalah antara panorama terbaru Sungai di Kampung Sungai Atas, Kunak yang sempat saya rakamkan sewaktu saya melalui sebuah jambatan di kawasan tersebut beberapa minggu yang lepas. Sedih dan kecewa apabila melihat suasana terbaru sungai ini, sungai yang suatu ketika dahulu adalah tempat bagi saya dan rakan-rakan yang lain untuk bermandi-manda tak kala musim cuti persekolahan tiba.

Tempat inilah antara lokasi yang sering saya kunjungi sewaktu tahun 1988 hingga 1998, mana tidaknya inilah sungai yang paling dekat dengan kawasan pekan mungkin kurang 20 minit dengan berjalan kaki - masa itu aktif lagi - kalau mau ke Madai jauh terpaksa keluarkan modal lebih walaupun tambang pada masa itu RM 2.00 lagi naik Van sapu banding dengan sekarang mau-mau RM 5.00 seorang.

Kini Sungai Atas yang dahulu hanya tinggal kenangan, keceriaan dan keindahannya semakin terhakis dek angkara kita yang tidak ambil peduli lansung tentang kebersihannya.
Mungkin masi ada yang ambil peduli tentang masalah ini, masakan tidak beberapa paip PVC beserta mesin penyedut ada dibeberapa lokasi tebingan sungai ini sedang menyedut air. Tapi apalah guna jika kita hanya mengambil hasilnya tanpa menjaganya.
Mungkin selepas ini, aku hanya dapat menceritakan kisahku dan sungai ini kepada anak-anakku tanpa mereka juga dapat merasainya.

Sabtu, Oktober 02, 2010

Fishermen village Kunak

Beautiful views of my village in the morning makes me interested in documenting this beautiful little moment, for later viewing on roaming. - Kampung Pangkalan Kunak - September 2010

Selasa, September 28, 2010

Ikan Talang - Talang Kering


Ikan Talang-talang yang dikeringkan boleh Memakan masa 2 ke 4 minggu untk dikeringkan bergantung kepada cuaca, disamping para pengusaha juga harus mahir dalam proses pengeringan dan pengawetannya kerana dikuatiri ulat dan kulat senang membiak jika kadar kelembapannya tidak di kawal.

Permintaan produk ikan kering yang bersaiz besar ni sememangnya amat menggalakkan terutama penggemar-penggemar dari Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Negara Brunei.

Foto : Kampung nelayan Pangkalan Daerah Kunak, Sabah September 2010

Selasa, September 21, 2010

Keriangan di Pagi Syawal 2010

Mulanya adik ni melambai-lambaikan tangannya membuatku tertarik untuk mempotretkannya Sejenak camera kuhalakan....BOOM!... Dentuman mercun membingitkan telinga ku Seakan perang sahaja kampung ni ku rasakan... Siang malam pagi petang Kampung Pangkalan, Kunak Ceritaku di pagi Shawal 2010









Related Posts with Thumbnails