Pengikut

Isnin, Ogos 24, 2009

52 TAHUN MASIH BERHASIL

Tahukah anda generasi pertama ladang kelapa sawit yang diusahakan di Pulau Borneo adalah letaknya di Daerah Kunak, iaitu sejak 1957 lagi. Ladang yang dimaksudkan ialah Mostyn Estate yang sekarang ini dibawah seliaan Sime Darby Plantation Bhd.
Adalah dianggarkan terdapat 2 haktar lagi tanaman kelapa sawit yang asal ini yang masih bertahan hingga ke hari ini, yang mana letaknya tidak jauh dari Tasik Impian Golf Course. Menariknya mengenai pokok kelapa sawit ini, ia masih mendatangkan hasil kepada ladang Mostyn walaupun usianya menjangkau 52 tahun. Buat masa ini masih terdapat 98 buah pokok yang masih bertahan yang mana rata-ratanya mencapai ketinggian 16m setiap satunya.
Kawasan tanaman ini dikenali sebagai OP57, yang mana pemilik asalnya ialah Commenwealth Development Corporation atau lebih dikenali sebagai BAL Plantation. Pada masa itu seorang Inggeris yang juga selaku Pengurus Ladang Mr. Kinsley Pallant, adalah orang yang bertanggungjawab membawa tiga anak benih kelapa sawit ini dari sebuah tempat tapak semaian di Silam Lahad Datu pada masa itu dan menanamnya di kawasan OP57 ini sebagai percubaan.

Bermula dari kawasan dua hektar inilah tanaman kelapa sawit yang asalnya dari ladang Mostyn inilah Borneo Utara atau sekarang ini dikenali Sabah telah memacu industri kelapa sawitnya hingga kehari ini.
En. Unchie Randru ( tengah) mengabadikan potret kawasan OP57 bersama Menteri Pertanian British dan Ketua Eksekutif Sime Darby Plantation
Berbalik ke tahun 1957, En. Unchie Randru 74, adalah seorang dari tiga pekerja yang diupah oleh pihak company untuk menanam pokok tersebut, tidak perna menjangka akan menjadi sebahagian dari sejarah industri kelapa sawit yang memacu pendapatan utama negeri Sabah sekarang ini. Beliau dan dua rakannya En. Galung dan En. Mapiase mengambil masa tiga hari untuk menghabiskan kerja-kerja menanam kelapa sawit di kawsan OP57 ini dan upah yang mereka terima hanya RM4 sehari.

Pada waktu tersebut sebelum adanya Kilang sawit Mostyn, proses mendidih dan mengekstrak buah kelapa sawit ini adalah menggunakan kaedah manual sepenuhnya, yang mana ia menumpang di Kilang pemprosesan Abaka pada waktu itu yang letaknya di Kg. Juita tidak jauh dari kawasan tersebut.

Hari ini kawasn OP57 masih sedia terpelihara sebagai symbol kekuatan industri kelapa sawit di daerah Kunak, bahkan masih meyumbang perolehan ladang dengan kapasiti 12 Tan per hektar.

Sabtu, Ogos 22, 2009

SMK Cenderawasih Mostyn, Kunak Bakal Dibina

Sebuah sekolah menengah lagi akan dibina di Daerah Kunak menjelang Rancangan Malaysia ke-10 ( RMK-10 ) ini, menjadikan kesemua sekolah menengah di daerah ini kepada lima buah.

Sekolah-sekolah menengah yang sedia ada di daerah ini ialah :

1.) SMK Kunak
2.) SMK Kunak Jaya
3.) SMU Islam Kunak
4.) SMK Madai

Tapak baru sekolah ini bakal dibina di kawasan perkampuang Cenderawasih atau Ladang Mostyn, berikutan kepesatan pertumbuhan penduduk dikawasan itu.

Jumaat, Ogos 21, 2009

KUNAK STATUS BANDAR MENJELANG 2016

Golden Hope Plantations Bhd. (GHope) merancang untuk membangunkan sebuah Bandar baru melibatkan kos RM125 juta di Kunak bagi menukar `imej baru' sektor perladangan sawit di daerah itu.

Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Sabri Ahmad berkata, pelaksanaan projek pembangunan seperti mewujudkan bandar baru itu akan memberi nafas baru dalam sektor perladangan khususnya di daerah itu.

Buat permulaan, Golden Hope menerusi anak syarikatnya Golden Hope Plantation Berhad telah menandatangani perjanjian usahasama dengan Sabahland Construction Sdn. Bhd. untuk projek pembangunan di tanah seluas 45.2 hektar di Estet Mostyn, Kunak.

Sabri berkata, projek itu membabitkan 176 buah rumah pejabat dua tingkat, 90 buah rumah teras dua tingkat kos sederhana rendah, 800 buah rumah di lima bangunan apartmen, 150 buah rumah teras berkembar dan lain-lain yang dijangka setiap secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 10 tahun.

Beliau juga berkata, projek itu merupakan sebahagian kecil kepada projek pembangunan yang lebih besar di Kunak, di mana pihaknya sedang dalam penyediaan pelan induk di atas tanah seluas 560 hektar untuk menukarkan Estet Mostyn kepada bandar baru.

Kunak jadi pusat pendidikan penting di Pantai Timur Sabah

Daerah Kunak akan menjadi salah sebuah pusat pendidikan penting di Pantai Timur Sabah apabila kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bakal dibina di situ beroperasi kelak.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin berkata, cadangan mendirikan kampus UMS itu merupakan satu lonjakkan pendidikan bagi warga daerah itu terutama di kalangan pelajar luar bandar.

Menurutnya, ia merupakan titik bersejarah bagi masyarakat setempat selaras dengan usaha kerajaan membangunkan modal insan berkualiti, khususnya dari kalangan masyarakat luar bandar.

‘‘Kita belum tentukan tarikh pembinaannya kerana terdapat beberapa lagi perkara perlu kita bincangkan. Bagaimanapun, kita berharap semuanya akan berjalan lancar,” katanya sempena lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak Jaya, - BERNAMA

Selasa, Ogos 18, 2009

Bagang

Sebuah peralatan untuk menangkap ikan yang unik, yang dipercayai dibawah oleh suku kaum Imigran Bugis dari Kepulauan Sulawesi di Indonesia.

Uniknya Kg. Kabog Kunak

yb. hJ. sALLEH MENINJAU SURAU YANG BELUM SIAP...YANG UNIKNYA MASJID/SURAU INI TERDAPAT BATU YANG SEPERTI TELAH DISUSUN.INI MEMBUKTIKAN KUNAK SEBAGAI PERMULAAN KEDATANGAN ISLAM DI SABAH DAN TERDAPAT JUGA ANAK PANAH SEBAGAI PENUNJUK ARAH.KAWASAN INI JUGA TERDAPAT BANYAK BATU-BATU

yb. hJ. sALLEH MELIHAT SENDIRI ANAK PANAH YANG TERDAPAT UKIRAN PADA BATU INI

JELAS TERDAPAT ANAK PANAH...AJAIB...YB. HJ. SALLEH YAKIN TEMPAT INI PERNAH DIHUNI OLEH ORANG RATUSAN TAHUN DAHULU

Sumber : rakyatp188silam.wordpress.com

Kilang Sawit Mostyn

Merupakan Kilang Kelapa Sawit yang tertua di Borneo dibuka semasa pemerintahan British pada 1952.

Refinery Complex, Kunak


Dimiliki oleh TSH-Wilmar merupakan Kilang penamis minyak kelapa sawit terbesar di Dunia. Inilah kilang yang pertama tempat aku bekerja sebelum berpindah ke Sandakan.

Kelab Golf Tasik Impian, Mostyn Kunak







Terletak dalam Ladang Mostyn yang di punyai oleh Sime Darby Plantation Bhd.

Pantai Buang Sayang, Kg. Kunak Jaya

Terletak di Kampung Kunak Jaya

Pantai Sarina, Pangi Kunak

Pantai Sarina merupakan pantai tumpuan masyarakat di sekitar daerah Kunak yang tidak asing lagi sejak 1970-an lagi. Berdasarkan maklumat dari penduduk sekitar, Pantai Sarina dikatakan mendapat namanya sempena dari Lagenda Puteri Sarina yang amat sinonim dengan masyarakat setempat, bahkan dikatakan pusara Puteri Sarina juga masih terdapat dikawasan itu.

Untuk kesana mudah sahaja kerana jaraknya tidak sampai 7 KM dari pusat pekan kunak, kadar tambang pengangkutan awam lebih kurang RM1.50 bagi satu orang sehala sahaja, seterusnya anda akan berjalan kaki selama 10 minit melalui sekolah Rendah Pangi disebabkan tiada kemudahan jalan lain yang disediakan.

Salah satu tarikan yang ada di Pantai Sarina ini ialah kewujudan tinggalan batuan gunung berapi yang mana dipercayai terhasil dari muntahan Gunung Mostyn jutaan tahun yang lalu. Selain itu pada waktu malam juga para pengunjung yang datang akan terpesona dengan ratusan lebuhraya api pada waktu malam (Perahu Bagang) yang mengiasi pemandangan laut Kunak pada malam hari.

Kunjungan penulis kesana baru-baru ini telah disambut oleh keadaan yang menyedihkan, ini kerana lanskap wajah pantai ini kelihatannya mula berubah disebabkan oleh kerasukan manusia yang menodai setiap khazanah di kawasan ini tanpa sedikitpun belas kasihan.

Seorang sahabat yang menamani penulis yang juga merupakan penduduk asal Kg. Hampilan ini memberitahu, Aktiviti mencuri pasir di pantai ini diantara pertengahan tahun 80-an hingga 90-an adalah faktor utama yang merosakkan ekosistem dan keindahan kawasan ini, di samping itu juga beliau menambah kemunculan beberapa kilang memproses ikan yang tidak sampai 200m jaraknya dari sini juga turut menyumbang pencemaran di kawasan ini.

Isnin, Ogos 17, 2009

Telaga Tujuh, Pangi Kunak

Telaga Tujuh' merupakan kawasan yang sering dikunjungi oleh masyarakat sekitar sini ketika tahun 1980-an yang mana sekitar kawasan itu pada masa tersebut mempunyai tanaman semulajadi di sekitarnya dan panorama tersebut mengindahkan lagi suasana anugerah ciptaan Tuhan di situ yang tidak ternilai harganya.

Bagaimanapun, kerancakan pembangunan telah merubah lanskap kawasan sekitar itu yang sekarang ini kebanyakan tanaman pokok kelapa sawit mengelilingi kawasan tersebut .

Telaga Tujuh mendapat nama daripada kewujudan tujuh buah telaga di kawasan itu yang mana dikawasan itu juga terdapat anak sungai yang mengalir dan mengisi' telaga-telaga berkenaan.

"Keunikan yang terdapat pada telaga itu ialah mempunyai saiz yang berbeza-beza dan lebih indah daripada Telaga Tujuh di Langkawi," ujar Salleh yang tidak melepaskan peluang melawat sambil menikmati alam semula jadi.

Menurutnya, sebelum ini, kebanyakan pelancong asing yang datang ke Kunak mungkin hanya mengenali Gua Madai dan Air Terjun Madai yang terletak dalam Hutan Simpan Madai-Baturong.

Walaupun terdapat pembangunan pertanian di kawasan berhampiran, tidak mustahil kawasan Telaga Tujuh itu gagal dibangunkan kerana terdapat keistimewaan dan cerita yang menarik disebalik kewujudan anugerah ciptaan Tuhan di kawasan itu yang boleh memberi inspirasi kepada mereka yang sayangkan alam sekitar dan anugerah Ilahi.

sumber : Mutalib MD

Pusat Sejadi Air Terjun Madai, Kunak

Air terjun setinggi 40 meter di Hutan Simpan Madai Baturong, 15 kilometer dari sini, kini menjadi satu daya tarikan pelancong ke daerah Kunak.

Air terjun berkenaan merupakan yang tertinggi antara banyak air terjun pusat rekreasi di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Sabah dan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada tahun 1999.

Air terjun yang terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 3,436 hektar itu mulanya cuma tapak rekreasi kakitangan Jabatan Perhutanan namun dibuka kepada orang ramai selepas ia dibangunkan dengan kos RM460,000.

“Pengujung ke sini bukan sahaja terdiri daripada orang tempatan tetapi juga dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Sepanyol, Kanada, Perancis, Korea Selatan, Jepun dan banyak negara lagi,” kata penyelia pusat berkenaan, Souzey Saiki, kepada Bernama.

Katanya selain berpeluang menikmati keindahan air terjun, pelawat dan pelancong juga berpeluang melihat keindahan pelbagai flora dan fauna yang terdapat di kawasan berkenaan.

“Yang terbaru ialah penemuan kawasan yang kami kenali sebagai Bukit Tongkat Ali, sejauh satu kilometer atau 20 minit berjalan kaki dari sini. Pokok Tongkat Ali di situ tumbuh seolah-olah ditanam walaupun sebenarnya ia tumbuh secara semula jadi,” katanya.

Kawasan rekreasi berkenaan juga menyediakan kemudahan “canopy walk” sepanjang 119 meter dan setinggi 40 meter merentasi sungai yang airnya berpunca dari air terjun berkenaan.Antara kemudahan yang terdapat di pusat rekreasi berkenaan ialah pusat maklumat, kantin, tandas awam, surau dan ruang letak kereta.

Pihak pengurusan juga menyediakan bilik-bilik penginapan untuk pengunjung yang ingin bermalam di pusat rekreasi berkenaan dengan dikenakan bayaran RM20 seorang untuk satu malam.Kira-kira 45 minit berjalan kaki dari pusat rekreasi berkenaan, pengunjung juga berpeluang melawat gua purba, yang mempunyai kesan pendudukan manusia lampau termasuk kubur dan keranda lama.
Sumber : Bernama adan Sabahkini

Gua Madai, Kunak

Gua Madai adalah gua batu kapur yang terbentuk sejak puluhan ribu tahun dahulu ini adalah kawasn yang terkenal sebagai diantara pengeluar sarang burung yang utama di Sabah. Sarang burung ini dianggap sebagai makanan istimewa dan dipercayai baik untuk kesihatan di kalangan masyarakat Cina dan pasaran eksportnya sangat meluas. Perkampungan di pintu gua ini berubah menjadi meriah setiap dua kali setahun apabila suku kaum Idahan datang ke sini untuk mengutip sarang burung dari bahagian-bahagian gua yang berbeza-beza ini.

Aktiviti mengutip sarang burung ini secara beramai-ramai menjadikan ianya seakan-akan sebuah pesta. Proses mengutip sarang burung ini agak dramatik di mana kaum lelaki menyabung nyawa dengan memanjat hingga ke siling gua untuk mengutip sarang burung. Kini mereka mengupah pengutip sarang burung. Puak Idahan mempunyai hak ke atas Gua Madai ini sejak 20 generasi yang lalu.

Pelawat perlu mendapatkan kebenaran dari warga tua puak Idahan. Sebelum itu, pelawat juga perlu berurusan dengan Pejabat Daerah di pekan Lahad Datu bagi mendapatkan kebenaran awal untuk memasuki gua.

Bagaimana untuk kesana? jawabnya mudah sahaja, Semua bas antara Lahad Datu dan Kunak, Semporna atau Tawau akan melewati persimpangan ke Gua Madai. Dari persimpangan ini, anda boleh mendapatkan van kecil untuk membawa anda ke gua tersebut. Tetapi anda mungkin terpaksa berjalan kaki keluar dari Gua Madai untuk kembali ke persimpangan di jalan utama tersebut. Jadi nasihat saya lebih baik anda ke Pekan Kunak dahulu dan dari sana anda boleh menyewa kenderaan untuk ke Gua Madai lagipun lagi jimat.

Bagaimana pula tentang penginapan?, usah risau Gua-gua ini terletak di antara pekan Lahad Datu dan Kunak. Oleh itu, anda tidak perlu bermalam di situ sebaliknya memilih pelbagai jenis tempat penginapan yang terdapat di pekan Kunak seperti Hotel Mostyn, Dreamland Hotel, Rumah Rehat Kunak dan Homestay yang menawarkan harga berpatutan.

Sabtu, Ogos 15, 2009

Gambaran sekitar Daerah Kunak Abad ke-17

Seperti yang diketahui, sebelum diberi nama Kunak, ia juga dikenali Mostyn dan sebelum Mostyn hanya ada nama Madai dan Tingkayu di dikawasan Kunak kini, yang mana ia terletak dibawah kekuasaan Kesultanan Sulu sejak awal abad ke-16 lagi dan diletakkan dalam satu daerah yang diberi nama Daerah Magindora yang meliputi Kinabatangan di utara dan Tong Talun ( Semporna ) di selatan. Menurut James Francis Warren dalam bukunya 'The Sulu Zone 1768 - 1898' kerancakkan aktiviti memungut sarang burung di kawasan ini ( Darvel Bay ) telah menggamit suku Bugis di Bolongan untuk bertapak sama yang mana perusaahan ini dimonopoli oleh suku kaum Idahan dan Tausug sebagai pembesar yang dilantik oleh Sultan Sulu.

Disamping itu juga aktiviti perlanunan dan perdagangan hamba abdi juga semakin menjadi-jadi akibat dari kepesatan industri sarang burung ini, hinggakan kesultanan sulu sendiri pun gagal membendungnya.

TAMADUN PRASEJARAH DITEMUI DI KUNAK

Tahukah anda kawasan daerah Kunak merupakan kawasan penempatan masyarakat pra-sejarah diantara yang terawal di Asia Tenggara, ahli arkiologi mendapati 28,000 tahun dahulu kawasan Lembah Baturong adalah bekas sebuah dasar tasik pra-sejarah yang telah mengering sejak 20,000 tahun dahulu dan kerja-kerja ekskavasi mendapati peralatan seharian masyarakat pada masa itu adalah diantara yang termaju pada zamannya di Asia Tenggara. Tatapi kemajuan Tamadun ini terus menjadi misteri apabila kesan mereka telah lenyap sejak lebih 5000 tahun dahulu.

Penemuan tapak Zaman Purba Baturong ini pada 1987 , telah menjadikan kawasan ini tumpuan para ahli arkiologi dari serata dunia. Tetapi untuk sampai kesini memerlukan jurupandu yang berpengalaman kerana tapak tersebut berada di dalam Ladang Kelapa Sawit dan Koko.

TINGGALAN PERANG DUNIA KE-2 DI KUNAK

Sewaktu perang dunia ke-2 dalam tahun 1940-an, Kunak juga tidak terlepas dari menjadi kubu pihak tentera jepun dan kesan peninggalan ini juga masih boleh ditatap dibeberapa kawasan tertentu seperti bangunan Klinik tentera Jepun, Bangkai enjin pesawat pihak bersekutu di muara sungai Sialeong dan kesan-kesan lain kebanyakkan masih terdapat didalam ladang-ladang kelapa sawit.

Jumaat, Ogos 14, 2009

Perusahaan Ikan Kering di Kg. Pangkalan Kunak

Diantara tahun 80an hingga pertengahan 90an, Daerah Kunak merupakan pengeluar produk Ikan Bilis kering yang utama di Sabah. Dua beradik yang sudah menceburi bidang itu sejak 10 tahun lalu, Sumarti Levu, 30; dan Asmidar, 24; berkata mereka membantu suami masing-masing, Muslimin Parlun, 38; dan Juliadi Mannu, 29; yang memperoleh ikan dan ikan bilis daripada kelong atau lebih dikenali di kalangan masyarakat di sini sebagai `bagang' masing-masing.
"Setiap kali mereka membawa pulang ikan kecil seperti tulai dan rumahan, kami akan membelahnya untuk digaramkan, manakala ikan bilis, dijemur terus.

"Memang kami berhasrat untuk membesarkan perusahaan ini tetapi apakan daya, tiada sesiapa yang datang untuk menawarkan bantuan kewangan," kata Sumarti.

Beliau berkata, ikan kecil dan bilis yang diperoleh daripada bagang suaminya tidak pernah dijual secara terus kepada pemborong, sebaliknya dijadikan ikan kering dan dijemur sebelum dibungkus dan dipasarkan.

Muslimin berkata, beliau tidak pernah merebus ikan bilis yang diperoleh dari bagang, sebaliknya terus dibawa pulang dan dijemur serta dibungkus berdasarkan gred.

Gunung Berapi Wujud di Kunak..?

Tahukah anda kawasan yang bergelar Ladang Mostyn ini suatu ketika dahulu, adalah merupakan bekas pusat Gunung berapi yang telah mati namun diantara teraktif di Kepulauan Borneo lebih kurang jutaan tahun dahulu, sehinggakan bukti kewujudannya masih boleh dapat ditemui hingga kehari ini seperti kolam air panas dan lumpur gunung berapi, dan jika anda perhatikan dikawasan-kawasan kampung sekitar Kunak cuba lihat tanah dan batuan yang terbentuk, yang mana ia dipercayai adalah bekas muntahan lahar dari gunung berapi, mungkin disebabkan itu hampir 80% kawasan di Kunak adalah amat subur untuk pertanian.

Tapak Warisan Sejarah di Kunak ?

Mungkin ramai diantara kita penduduk Kunak khususnya yang kurang mengetahui, bahawa terlalu banyak tempat-tempat bersejarah yang ada di daerah Kunak yang boleh dilawati oleh para pelancong domestik atau luar negara. Maka sehubungan dengan itu satu tapak warisan sejarah akan diperkenalkan didaerah ini, bagi merancakkan lagi industri pelancungan di sini.

Semalam Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, pihaknya juga akan mempertimbangkan untuk menjadikan bangunan Pusat Pentadbiran Peperangan Dunia Kedua Jepun di Kunak sebagai Tapak Warisan Sejarah. beliau berkata demikian di Ibunegeri pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Menurutnya, pada masa ini sebanyak tujuh projek pembangunan muzium mini dan sebuah muzium utama sedang dilaksanakan di negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Katanya, kajian terperinci di Tapak Purba Arkeologi di Tingkayu telah dibuat pada 1987 dan tapak yang berusia 28,000 tahun itu telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Purba Arkeologi di bawah enakmen barang-barang kuno dan harta Karun 1977.

Jumaat, Ogos 07, 2009

Kunak suatu ketika adalah Mostyn?

Daerah Kunak yang mempunyai keluasan 438 batu persegi dengan anggaran jumlah penduduk seramai lebih 62,000 orang adalah sebuah daerah yang terletak di tenggara negeri sabah yang mendapat status daerah penuh pada 1981 yang mana dulunya terletak dalam bidang kuasa daerah Lahad Datu lebih kurang 78km dari sini. Dahulunya daerah ini diberi nama Mostyn sempena nama seorang penguasa inggeris syarikat British Borneo Timber Company yang memungut hasil kayu balak di kawasan ini dalam tahun 1930-an hingga 1960-an hingga ke Kalabakan di Tawau dan Segama di Lahad Datu.

Disebab industri ini berkembang dengan pesatnya, maka sebuah jeti pemunggahan kayu balak telah didirikan oleh pihak company yang mana ia masih kekal sehingga kehari ini dan menjadi pelabuhan nelayan di Kg. Pangkalan. Bermula di kawasan Pangkalan inilah Mostyn telah menggamit ramai imigran untuk bermastautin disini, adalah dipercayai sumber mengatakan bahawa kemasukan imigran ini adalah dibawah kuasa syarikat-syarikat yang berkepentingan seperti Bombay Burma Trading Corporation Ltd. sebagai supliyer yang membawa pekerja-pekerja dari Pakistan dan Burma sebagai operator jentera kayu balak dan dari Pilipina, Indonesia dan China sebagai Buruh Kasar sejak awal tahun 30-an lagi.

Dipercayai orang yang bertanggungjawab dalam pembukaan penempatan dikawasan Mostyn (kini tapak Pekan Kunak) adalah Allayarham Datuk Zainal Gunong, Allayarham Datuk Sri Panglima Salim Bacho dan Allayarham Kabang bapa kepada Adun Kunak YB Nilwan Kabang, yang mana mereka adalah pemimpin masyarakat setempat yang berpengaruh pada ketika itu. Kampung Bagiang merupakan kampung yang pertama diwujudkan secara kekal di sekitar pekan Kunak pada 1950-an.
Kini......( bersambung mau cari info lagi )

Allayarham Datuk Sri Panglima Salim Bacho

Site Visit to Mostyn and Binuang Estate, Kunak

Kelmarin( 16hb.04.2009-Khamis ) aku dan Hj. Latif ( Senior Supervisor ) telah diarahkan oleh pihak syarikat ke Mostyn dan Binuang Estate di kawasan Kunak yang dipunyai oleh Syarikat Multi-nasional Negara Sime Darby Plantation Bhd. bagi tujuan Lawatan Tapak ( Site Visit ) untuk projek cadangan beberapa unit blok perumahan pekerja dan Staf ladang. Berdasarkan dalam Tender Ladang Mostyn bakal mendirikan 13 blok x 6 unit manakala Ladang Binuang 7 blok x 6 unit.



Perjalanan kami dari Sandakan bermula seawal jam 8.00 pagi, dua jam kemudian kami tiba di Lahad Datu tetapi tanpa diduga perjalanan ini menjadi terlalu panjang apabila salah satu tayar kereta pacuan empat roda yang kami gunakan telah pecah di persimpangan jalan Assam ke Kunak. Hj. memutuskan agar kami melangsaikan dulu hal tayar ini sebelum meneruskan perjalanan, setelah selesai kami teruskan perjalan tapi jam ditangan menunjukkan pukul 12.30 t.hari maka kami melepaskan dulu hajat dihati ini kerana perut yang kami bawa ini sedang menderita untuk dirawat disalah sebuah gerai ditepi kedai tayar tempat kami menukar tayar tadi.

Tepat jam 2.00 petang kami tiba di Simpang Empat Kunak, tapi temujanji yang kami buat bersama Asst. Manager adalah pukul 3.00 petang awal satu jam dari yang dirancang, kami memutuskan untuk berehat sekejap di sini selama menunggu pukul 3.00 ptg. Sambil menghilangkan dahaga di sebuah restoran berhampiran sempat juga aku bercerita mengenai pekan simpang empat ni dangan Haji, yalah kan aku orang Kunak jadi promotelah sikit-sikitkan.Sebelum 3.00 petang kami meneruskan perjalanan ke Ladang Mostyn lebih kurang 2KM dari pekan tadi ke simpang ladang dan lebih kurang 1KM lagi sebelum sampai ke Pejabat pentadbiran Ladang. Pertama kali sampai kesini cukup menggembiran aku walaupun aku anak jati Kunak tapi aku tidak menyangka dari mini office ladang ini pemandangannya cukup memukau kerana dari sini kita akan dapat melihat hampir keseluruhan kawasan Pekan Kunak yang menghadap Laut Sulu. Lebih kurang 3.30 ptg kami sampai di tapak cadangan projek tersebut ditemani oleh En. Fazrool dan seorang lagi Asst. kawasan ini bagi aku boleh tahan sebab tidak berapa berbukit dan pokok sawit yang terpaksa dimusnahkan juga tidak terlalu besar dalam lingkungan umur pokok 3-4 tahun.Jam ditangan menunjukkan 4.15 petang, kami tidak boleh mengambil masa lama di Ladang Mostyn sebab ada satu tempat lagi yang harus kami lawat iaitu Ladang Binuang kebetulan Asst. tadi ada bagi tahu terdapat satu jalan pintas dari ladangnya jarak lebih kurang 18 Km masa perjalanan lebih kurang 30 minit. Haji dan saya nekad unyuk mencuba jalan tersebut walaupun pertama kali melaluinya. Selepas melalui Pondok keselamatan Polis bantuan kami tiba di pejabat ladang Binuang pada pukul 4.45 ptg, tapi hajat kami tersekat sedikit apabila orang yang kami ingin jumpa iaitu En. Iqbal Senior Asst. terlalu sibuk mujur ada Junior Asst. Mr. Mark yang bagi aku bukan seperti Asst. yang lain yang kurang mesra apabila kami menanyakan soalan, beliau lain sikit walau orangnya nampak gempal dan tinggi tapi layanan terhadap pelawat seperti kami harus diberi pujian.
Tepat jam 5.30 petang kami meninggalkan Ladang Binuang menuju ke Pekan Kunak bagi mengisi minyak dan berjumpa dengan Ibrahim seorang lagi senior supervisor kami yang menyelia satu lagi projek kami di Kunak Refinery kerana ada surat yang harus disampaikan kepadanya. Sebelum meneruskan perjalanan balik ke Sandakan kami singgah menghilangkan dahaga di Restoran Bilal dekat Bangunan Sapang di Pekan Kunak, tepat jam 6.12 ptg kami meneruskan perjalanan dan sampai di Sandakan tepat jam 9.30 malam, syukur kami selamat sampai setelah hampir satu hari dalam perjalanan, risau plak aku dengan anak bini di rumah.
Related Posts with Thumbnails