Pengikut

Isnin, Ogos 24, 2009

52 TAHUN MASIH BERHASIL

Tahukah anda generasi pertama ladang kelapa sawit yang diusahakan di Pulau Borneo adalah letaknya di Daerah Kunak, iaitu sejak 1957 lagi. Ladang yang dimaksudkan ialah Mostyn Estate yang sekarang ini dibawah seliaan Sime Darby Plantation Bhd.
Adalah dianggarkan terdapat 2 haktar lagi tanaman kelapa sawit yang asal ini yang masih bertahan hingga ke hari ini, yang mana letaknya tidak jauh dari Tasik Impian Golf Course. Menariknya mengenai pokok kelapa sawit ini, ia masih mendatangkan hasil kepada ladang Mostyn walaupun usianya menjangkau 52 tahun. Buat masa ini masih terdapat 98 buah pokok yang masih bertahan yang mana rata-ratanya mencapai ketinggian 16m setiap satunya.
Kawasan tanaman ini dikenali sebagai OP57, yang mana pemilik asalnya ialah Commenwealth Development Corporation atau lebih dikenali sebagai BAL Plantation. Pada masa itu seorang Inggeris yang juga selaku Pengurus Ladang Mr. Kinsley Pallant, adalah orang yang bertanggungjawab membawa tiga anak benih kelapa sawit ini dari sebuah tempat tapak semaian di Silam Lahad Datu pada masa itu dan menanamnya di kawasan OP57 ini sebagai percubaan.

Bermula dari kawasan dua hektar inilah tanaman kelapa sawit yang asalnya dari ladang Mostyn inilah Borneo Utara atau sekarang ini dikenali Sabah telah memacu industri kelapa sawitnya hingga kehari ini.
En. Unchie Randru ( tengah) mengabadikan potret kawasan OP57 bersama Menteri Pertanian British dan Ketua Eksekutif Sime Darby Plantation
Berbalik ke tahun 1957, En. Unchie Randru 74, adalah seorang dari tiga pekerja yang diupah oleh pihak company untuk menanam pokok tersebut, tidak perna menjangka akan menjadi sebahagian dari sejarah industri kelapa sawit yang memacu pendapatan utama negeri Sabah sekarang ini. Beliau dan dua rakannya En. Galung dan En. Mapiase mengambil masa tiga hari untuk menghabiskan kerja-kerja menanam kelapa sawit di kawsan OP57 ini dan upah yang mereka terima hanya RM4 sehari.

Pada waktu tersebut sebelum adanya Kilang sawit Mostyn, proses mendidih dan mengekstrak buah kelapa sawit ini adalah menggunakan kaedah manual sepenuhnya, yang mana ia menumpang di Kilang pemprosesan Abaka pada waktu itu yang letaknya di Kg. Juita tidak jauh dari kawasan tersebut.

Hari ini kawasn OP57 masih sedia terpelihara sebagai symbol kekuatan industri kelapa sawit di daerah Kunak, bahkan masih meyumbang perolehan ladang dengan kapasiti 12 Tan per hektar.

2 ulasan:

  1. Hi.,adakah homestay yg murah2 d kunak?tq

    BalasPadam
  2. Hi Sofya.... maaf nnti klu ada kmi akan lampirkn disini...tq atas kunjungannya..

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails