Pengikut

Jumaat, Ogos 07, 2009

Kunak suatu ketika adalah Mostyn?

Daerah Kunak yang mempunyai keluasan 438 batu persegi dengan anggaran jumlah penduduk seramai lebih 62,000 orang adalah sebuah daerah yang terletak di tenggara negeri sabah yang mendapat status daerah penuh pada 1981 yang mana dulunya terletak dalam bidang kuasa daerah Lahad Datu lebih kurang 78km dari sini. Dahulunya daerah ini diberi nama Mostyn sempena nama seorang penguasa inggeris syarikat British Borneo Timber Company yang memungut hasil kayu balak di kawasan ini dalam tahun 1930-an hingga 1960-an hingga ke Kalabakan di Tawau dan Segama di Lahad Datu.

Disebab industri ini berkembang dengan pesatnya, maka sebuah jeti pemunggahan kayu balak telah didirikan oleh pihak company yang mana ia masih kekal sehingga kehari ini dan menjadi pelabuhan nelayan di Kg. Pangkalan. Bermula di kawasan Pangkalan inilah Mostyn telah menggamit ramai imigran untuk bermastautin disini, adalah dipercayai sumber mengatakan bahawa kemasukan imigran ini adalah dibawah kuasa syarikat-syarikat yang berkepentingan seperti Bombay Burma Trading Corporation Ltd. sebagai supliyer yang membawa pekerja-pekerja dari Pakistan dan Burma sebagai operator jentera kayu balak dan dari Pilipina, Indonesia dan China sebagai Buruh Kasar sejak awal tahun 30-an lagi.

Dipercayai orang yang bertanggungjawab dalam pembukaan penempatan dikawasan Mostyn (kini tapak Pekan Kunak) adalah Allayarham Datuk Zainal Gunong, Allayarham Datuk Sri Panglima Salim Bacho dan Allayarham Kabang bapa kepada Adun Kunak YB Nilwan Kabang, yang mana mereka adalah pemimpin masyarakat setempat yang berpengaruh pada ketika itu. Kampung Bagiang merupakan kampung yang pertama diwujudkan secara kekal di sekitar pekan Kunak pada 1950-an.
Kini......( bersambung mau cari info lagi )

Allayarham Datuk Sri Panglima Salim Bacho

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails