Pengikut

Selasa, Ogos 18, 2009

Pantai Sarina, Pangi Kunak

Pantai Sarina merupakan pantai tumpuan masyarakat di sekitar daerah Kunak yang tidak asing lagi sejak 1970-an lagi. Berdasarkan maklumat dari penduduk sekitar, Pantai Sarina dikatakan mendapat namanya sempena dari Lagenda Puteri Sarina yang amat sinonim dengan masyarakat setempat, bahkan dikatakan pusara Puteri Sarina juga masih terdapat dikawasan itu.

Untuk kesana mudah sahaja kerana jaraknya tidak sampai 7 KM dari pusat pekan kunak, kadar tambang pengangkutan awam lebih kurang RM1.50 bagi satu orang sehala sahaja, seterusnya anda akan berjalan kaki selama 10 minit melalui sekolah Rendah Pangi disebabkan tiada kemudahan jalan lain yang disediakan.

Salah satu tarikan yang ada di Pantai Sarina ini ialah kewujudan tinggalan batuan gunung berapi yang mana dipercayai terhasil dari muntahan Gunung Mostyn jutaan tahun yang lalu. Selain itu pada waktu malam juga para pengunjung yang datang akan terpesona dengan ratusan lebuhraya api pada waktu malam (Perahu Bagang) yang mengiasi pemandangan laut Kunak pada malam hari.

Kunjungan penulis kesana baru-baru ini telah disambut oleh keadaan yang menyedihkan, ini kerana lanskap wajah pantai ini kelihatannya mula berubah disebabkan oleh kerasukan manusia yang menodai setiap khazanah di kawasan ini tanpa sedikitpun belas kasihan.

Seorang sahabat yang menamani penulis yang juga merupakan penduduk asal Kg. Hampilan ini memberitahu, Aktiviti mencuri pasir di pantai ini diantara pertengahan tahun 80-an hingga 90-an adalah faktor utama yang merosakkan ekosistem dan keindahan kawasan ini, di samping itu juga beliau menambah kemunculan beberapa kilang memproses ikan yang tidak sampai 200m jaraknya dari sini juga turut menyumbang pencemaran di kawasan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails