Pengikut

Jumaat, Ogos 21, 2009

KUNAK STATUS BANDAR MENJELANG 2016

Golden Hope Plantations Bhd. (GHope) merancang untuk membangunkan sebuah Bandar baru melibatkan kos RM125 juta di Kunak bagi menukar `imej baru' sektor perladangan sawit di daerah itu.

Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Sabri Ahmad berkata, pelaksanaan projek pembangunan seperti mewujudkan bandar baru itu akan memberi nafas baru dalam sektor perladangan khususnya di daerah itu.

Buat permulaan, Golden Hope menerusi anak syarikatnya Golden Hope Plantation Berhad telah menandatangani perjanjian usahasama dengan Sabahland Construction Sdn. Bhd. untuk projek pembangunan di tanah seluas 45.2 hektar di Estet Mostyn, Kunak.

Sabri berkata, projek itu membabitkan 176 buah rumah pejabat dua tingkat, 90 buah rumah teras dua tingkat kos sederhana rendah, 800 buah rumah di lima bangunan apartmen, 150 buah rumah teras berkembar dan lain-lain yang dijangka setiap secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 10 tahun.

Beliau juga berkata, projek itu merupakan sebahagian kecil kepada projek pembangunan yang lebih besar di Kunak, di mana pihaknya sedang dalam penyediaan pelan induk di atas tanah seluas 560 hektar untuk menukarkan Estet Mostyn kepada bandar baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails